Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Genius Pa&Ma bentuk anak jadi bijak Posted: 07 Mar 2015 04:00 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan? Andai dilihat senario hari ini, boleh dikatakan semua ibu bapa sangat menekankan soal pendidikan anak-anak bagi membentuk sahsiah yang baik dan bijak. Malah elemen ini diterapkan sejak bayi dalam kandungan lagi. Mengungguli terbitan majalah keluaran Kumpulan Media Karangkraf berbahasa Melayu berkonsepkan panduan keibubapaan dan prasekolah sejak 15 tahun lalu, Pa&Ma sentias berusaha memberikan informasi terbaik untuk ibu bapa dalam usaha membesarkan dan mendidik anak-anak sejak dalam kandungan lagi. Majalah Pa&Ma ialah rujukan terbaik dunia keibubapaan untuk ibu bapa mudah khususnya. Selari dengan matlamat melahirkan anak-anak bijak dan bersahsiah tinggi, buat pertama kali Genius Pa&Ma iaitu terbitan Edisi Khas majalah Pa&Ma telah mula menemui pembaca sejak Oktober tahun lalu. Melihat sambutan yang positif, Edisi Khas ini dipasarkan semula bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia tiga hingga enam tahun. Masih mengekalkan konsep keibubapaan, Genius Pa&Ma wajar dimiliki oleh ibu bapa, pengasuh dan tenaga pengajar di taska dan tadika. Ini kerana ia memberi panduan tentang bagaimana mendidik, memahami dan merangsang pertumbuhan dan perkembangan anak-anak yang semakin aktif dan bijak menerokai dunianya dari segi fizikal, emosi dan kognitif. Dengan tagline 'Rujukan Keibubapaan Bentuk Anak Bijak 3-6 tahun', Genius Pa&Ma diyakini akan menepati citarasa ibu bapa yang mahukan segala-galanya terbaik buat anak-anak merangkumi pendidikan, penampilan dan kesihatan .
Dengan gaya atur letak, fotografi yang trendy dan segar, Genius Pa&Ma bakal melengkapkan 'keperluan' ibu bapa yang prihatin untuk memahami tentang tahap perkembangan anak dan lebih peka mengenai apakah bentuk pendekatan yang boleh digunakan bagi merangsang minda dan fizikal si kecil agar membesar cergas dan cerdas. Antara segmen menarik Genius Pa&Ma ialah Perkembangan Kanak-kanak, Gaya & Kesihatan, Adik Bijak, Sisipan 32 muka surat tentang Pemakanan Anak, Famili, 10 muka surat Jom Relaks yang mampu menguji minda anak-anak serta segmen Prasekolah yang bakal menjadi kemuncak kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun ini. TESTIMONI IBU BAPA
"Kehadiran Pa&Ma Genius memang tepat pada masanya. Saya menjadikan majalah ini sebagai rujukan dalam mendidik anak-anak. Saya sangat suka ruangan masakan yang melibatkan si kecil. Selain daripada itu, saya juga sukakan tip yang memberi panduan berguna agar anak cepat membaca. Segmen Perkembangan juga membantu saya dalam usaha membolehkan saya memantau perkembangan anak sesuai mengikut usia mereka."
"Setiap ibu bapa perlu tahu bahawa perkembangan otak kanak-kanak begitu pesat pada usia bawah tujuh tahun. Ketika ini, perkembangan otaknya lebih terarah dan sistematik. Oleh itu, setiap pembelajaran kepada anak haruslah dengan cara yang betul. Dengan adanya majalah Pa&Ma Genius, ia membantu ibu bapa mendapat arah yang betul dalam mendidik anak secara positif. Isi kandungan majalah ini berkaitan dengan perkembangan anak dapat menjadi kayu pengukur ibu bapa dalam mendidik anak-anak." Ibarat jurnal buat ibu bapa yang boleh dijadikan rujukan dalam memberi didikan buat anak-anak di antara umur tiga hingga enam tahun. Pelbagai tip menarik dan artikel berinformasi dikongsi, Dengan ketebalan dan kualiti kertas yang berkualiti, ia boleh dijadikan koleksi. Pendek kata, Pa&Ma Genius padat dan bermanfaat. Untuk pembelian online, anda bakal mendapat lebih banyak diskaun! Layari http://mall.karangkraf.com/products/Genius-Pa&Ma-(Pre-Order)/3881 REBUT PAKEJ MENARIK INI! BELI GENIUS Pa&Ma PERCUMA 1 majalah Pa&Ma isu lepas dengan hanya RM10! Terhad sepanjang bulan MAC sahaja. Jom follow di: Instagram : @Majalahpama Facebook : majalahpama Web site : http://pama.karangkraf.com |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment