CikguNorazimah |
Funfair di Banting : Meriah & best Posted: 19 Mar 2015 07:24 AM PDT Setiap tahun, pasti ada funfair dekat Banting ni. Tahun lepas CN pegi berempat bersama Irfan, Ibu dan +Izzati Talib . Tahun ni pulak pergi bersama +Miss Miza & family. Lagi meriah sebab Irfan ada geng bermain. Cuma tahun ni tak ada Merry Go Round. Main lah Irfan & Aqila permainan pusing2 fish & UFO ni. Disebabkan tahun lepas CN dah try game2 'power', tahun ni bagi peluang dekat anak2 pulak main sambil mak2 nyer makan sotong goreng yang superb sedap hanya di funfair Banting ! ~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~ |
Apakah barang yang akan dikenakan GST? Posted: 19 Mar 2015 12:00 AM PDT GST owh GST Agak runsing untuk fikirkan perbelanjaan yang akan bertambah disebabkan oleh GST ni. Apa yang CN tahu, cost untuk makan kepci depan sekolah makin bertambah selepas GST ni ! Huhu CN takmo mengulas lanjut tentang GST ni. Anda sendiri boleh fikirkan. Apa yang CN nak kongsikan adalah kesan GST terhadap ibubapa dari segi kos untuk maternity, newborn & toddler yang CN dapatkan dari blogger Melastik Bintang. GST untuk Maternity Jika diizinkan Allah SWT, CN plan untuk preggy tahun ni. Masih berusaha dan terus berdoa sebab Irfan hampir 3 tahun, sesuai sangat untuk dapat adik. Tapi, GST lak bermula tahun ni. Supplemen wajib CN dari Shaklee confirm kena GST. Selamat CN dah buat stok sikit2. Dah dapat jimat disitu. Untuk treatment, CN masih percaya Klinik Kesihatan Jenjarom & Hospital Banting. Cikgu FREE ! Buat apa membazir ke swasta kan. Walaupun servis lambat, smartphone kan ada. Sambil tunggu check up, sambil up entry. GST untuk Newborn Susu bayi yang mahal2 tu terkecuali dari GST. Tapi CN perasan susu Dutch Lady tukar packaging dan kuantiti pun kurang even harga sama. Tu apa cherrr ye? Ops ! Susu Dutch Lady bukan susu bayi, memang dikenakan GST ye. Diapers dan barang keperluan bayi yang lain semua dikenakan GST ! Mujurlah ada banyak lagi stok barangan Pureen duk borong masa Pureen Sale ! Cuma diapers tu, bagi CN lebih jimat beli di Speedmart. Kalau anda compare harga promosi di Tesco, Giant, AEON dan lain2, harga diapers dan susu di Speedmart sama macam harga promosi di pasaraya besar tau. Tempat CN ada 2 Speedmart, memang rajin compare harga. Nak jimat kan. GST untuk Toodler Makanan si kecil macam Nestum tu terkecuali dari GST. Tapi CN prefer masak bubur sendiri untuk anak. Seperti yang anda lihat di gambar, bahagian barang yang dikenakan GST lagi banyak dari yang tidak dikenakan GST. Pergh ! Walau apapun terjadi, GST tetap akan dilaksanakan pada 1 April 2015 nanti. Kita sebagai pengguna perlu bijak dalam berbelanja. Kena berjimat cermat yer lepas ni. ~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~ |
You are subscribed to email updates from CikguNorazimah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment