Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Gambar Masjid Al Aqsa dan Dome of the rock Posted: 24 Mar 2015 11:40 PM PDT Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada yang sudah membaca entri “mengembara juga ada cabarannya” pasti sudah tahu kembara yang paling aku tidak boleh lupakan adalah Kembara Palestine. Pengembaraan paling mencabar dengan berbagai kerenah pengurusan di sempadan dan kawalan ketat oleh tentera Israel. Bukan senang nak jejak kaki ke Masjid Al Aqsa yang menjadi rebutan sehingga ramai yang sengaja di kelirukan dengan Dome of the rock. Entri khas nak kongsi beberapa gambar Masjid Al Aqsa dan Dome of the rock untuk tatapan pembaca yang belum berkesempatan menjejaki kaki. Insyaa Allah azam sungguh-sungguh tidak mustahil suatu hari akan jejak di masjid ketiga paling mulia untuk umat Islam. Sembahyang di Masjid Al Aqsa mendapat 1000 kali lebih ganjaran berbanding dengan solat di masjid-masjid lain. Gambar Masjid Al Aqsa Kawasan Masjid Al Aqsa berada di dalam kota lama Baitulmuqaddis yang setiap pintu pagar masuk di kawal oleh tentera Israel. Kita perlu melalui lorong-lorong lama untuk sampai ke pintu masuk pagar Masjid Al Aqsa. Kawasan Masjid Al Aqsa memang luas di dalam nya terdapat Masjid Al Aqsa, Dome of the rock, Masjid Nabi Sulaiman, Masjid Buraq dan berbagai kubah dan gezebo. Untuk mengetahu lebih lanjut kisah boleh baca entri-entri Kembara Palestine seblum ini. Gambar Dome of the Rock Gambar persekitaran Masjid Al Aqsa Gambar dalam kota lama Baitulmuqaddis |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment