Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Posted: 26 Mar 2015 07:24 PM PDT Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lama nak menulis entri rahsia Masjid Nabawi tetapi baru kali ini berkesempatan. Siapa yang tidak jatuh cinta setelah kali pertama menjejak kaki di Masjid Nabawi menziarahi Rasulullah SAW. Pasti berderai air mata apabila berdoa di Raudah terasa dekat sangat dengan Baginda Nabi SAW. Berdoa di Raudah sambil bercerita kepada Rasulullah SAW apa yang telah kita buat untuk agama sebelum datang ke Madinah dan apa azam kita hendak lakukan untuk agama sekembali kita ke tanah air. Setelah menziarahi Rasulullah SAW dan berdoa di Raudah jemaah juga akan menziarahi perkuburan Al Baqi’ yang biasanya dibuka di awal pagi selepas suboh. Menziarahi makam para sahabat dan keluarga Rasulullah SAW menghadiahkan Al Fatihah. Kemudian jemaah akan melawat berbagai lokasi sejarah disekitar Kota Madinah mengambil berkat Tanah Haram dan menginsafi perjuangan para sahabat berjuang untuk agama terutama di Jabal Ruma tempat para syuhada perang Uhud. Ramai jemaah terutama dari Malaysia yang tidak mengetahui rahsia di Masjid Nabawi ada banyak lagi kawasan yang boleh dilawati. Berikut antara beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati oleh jemaah. Bukanlah rahsia sebab ramai jemaah dari negara lain yang sentiasa datang dan pergi melawat tempat-tempat ini. Mutawif Malaysia tidak bawa jemaah melawat ke sini mungkin sebab mereka pun tak tahu. Tiang Uthman Affan Terletak di tengah-tengah Masjid Nabawi dalam terdapat Muzium Al Quran dan Perpustakaan Kitab Khusus. Muzium Al Quran Di tingkat tiga tiang Uthman Affan terdapat Muzium Al Quran yang terkumpul Al Quran tulisan tanggan dan berbagai Al Quran sejak zaman Saidina Uthman Affan. Perpustakaan Kitab Khusus Di tingkat dua tiang Uthman Affan terdapat perpustakaan menyimpan kitab-kitab yang khusus hanya dua atau tiga salinan sahaja di dunia. Kitab-kitab ini tidak boleh di bawa keluar. Kita boleh baca di dalam. Bilik Al Quran Terletak di lantai bawah sebelah kanan apabila kita masuk dari pintu utama Masjid Nabawi. Masjid atau organisasi boleh bawa surat dengan cop rasmi untuk meminta Al Quran waqaf untuk masjid dan surau mereka. Al Quran ini adalah Al Quran hadiah dari jemaah yang bukan Al Quran rasmi yang dikutib kembali oleh pertugas Masjid Nabawi. Bilik Audio Jemaah boleh meninggalkan pen drive untuk merakamkan beribu rakaman ceramah dan bacaan imam Masjid Nabawi. Biasanya salinan rakaman boleh diambil dalam tempoh 2 hari. Perpustakaan Umum Ramai pelajar dan jemaah yang bertandang ke perpustakaan umum Masjid Nabawi yang terletak ditingkat atas sebelah kanan. Kena masuk dari pintu luar. Muzium Sejarah Rasulullah SAW di Madinah Terletak diluar pagar Masjid Nabawi bertentangan dengan pintu keluar perpustakaan umum Masjid Nabawi. Menceritakan kisah penghijrahan Nabi SAW, Kisah peperangan sepanjang Nabi di Madinah dan kisah keluarga Baginda Nabi SAW. Muzium pameran Nama-nama ALLAH Muzium Nama-nama ALLAH ini memang best sebab berbagai paparan dipamerkan seperti 99 nama-nama ALLAH dan penjelasannya, video-video kejadian alam yang dikaitan dengan nama ALLAH dan macam-macam lagi. Memang rugi kalau tak pergi sendiri. Di akhirnya jemaah boleh beli poster dan CD nama-nama ALLAH. Kepada yang sudah ke Madinah pernahkah anda menjejaki gedung penuh ilmu ini? Ada banyak lagi rahsia Masjid Nabawi yang masih tersembunyi dan beruntung kepada jemaah yang dapat mutafif yang mahir selok-belok sejarah Masjid Nabawi. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment