Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Tips jadi jutawan di usia muda Posted: 11 Mar 2015 11:53 PM PDT Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perkataan JUTAWAN ini boleh mengundang berbagai persepsi ada yang positif dan tak kurang juga yang negatif. Ramai juga yang merasakan status Jutawan sangat mustahil untuk digapai ibarat mimpi di siang hari. Tidak kurang juga ramai rakan-rakan facebook yang bergambar di harapan rumah dan kereta mewah tanda mereka sudah mencapai impian sebagai seorang jutawan online yang berjaya. Sekarang ada berbagai cara untuk menjadi jutawan tidak seperti dahulu hanya mengharap kepada bisnis konvensional. Dunia di era siber menjadi jutawan di usia muda bukan mustahil kalau betul perancangannya. Sudah ramai di kalangan kita yang menjadi jutawan senyap dengan berniaga secara online dengan berbagai cara dan kaedah. Perancangan untuk menjadi jutawan Perancangan untuk menjadi jutawan mesti jelas bukan sekadar berkata aku buat bisnis untuk jadi jutawan. Berkata-kata tanpa perancangan yang teliti ibarat sepeti lagu kalau aku kaya yang semua hanya KALAU sahaja. Perancangan mesti jelas dan tepat mengikut tempoh waktu yang ditetapkan dan selebihnya kita gabungkan dengan amal, doa dan tawakal. Jangan lupa rajinkan diri membaca buku motivasi untuk jadi kaya kerana orang kaya ini ada rahsia untuk menjadi kaya. Aku nak bagi contoh cara perancangan untuk menjadi jutawan dari salah satu program affiliate. Bestnya di sini boleh jadi jutawan dengan modal sangat rendah berbanding bisnis konvensional yang perlu modal berjuta untuk dapat keuntungan berjuta. Contoh perancangan adalah menjadi Jutawan eQurban.com. ![]()
Ini sekadar contoh perancangan untuk menjadi jutawan eQurban. Bila dah ada perancangan yang jelas dengan jumlah jualan yang tepat dan tempoh yang tepat baru kita boleh bertindak dengan mudah. Anda boleh gunakan berbagai model bisnis yang lain untuk menjadi jutawan pada usia muda. Yang penting semua strategi untuk menjadi jutawan mesti ditulis di atas kertas dengan jelas sehingga nampak cara untuk dapat RM1 juta pertama. Pasti anda sedang berusaha untuk menjadi jutawan dengan berbagai projek. Ok sekarang ambil sekeping kertas dan catatkan :
Tahniah kepada yang sudah ada perancangan yang terperinci untuk menjadi jutawan. Untuk misi jutawan menjadi kenyataan serta dengan amal yang istiqamah seperti bacaan yassin setiap hari selepas subuh, doa pagi & petang, solat sunat dhuha, solat sunat tahajud dan paling penting banyakan MEMBERI. JUTAWAN di usia muda bukanlah mustahil. Mungkin entri “Bersara awal untuk jadi kaya“boleh dijadikan motivasi kepada semua. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment