CikguNorazimah |
- Senyuman paling manis dari Cik Strawberi
- 100% sure with Dettol [part 1]
- SEGMEN : MOMMY LIZZ`S BIRTHDAY GIVEAWAY
Senyuman paling manis dari Cik Strawberi Posted: 09 Mar 2015 06:51 AM PDT Pengalaman CN mengajar di SMK St. Mary selama 4 tahun merupakan pengalaman suka duka yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan. Di sanalah CN posting kali pertama dan bergelar Cik Strawberi oleh pelajar kerana sweet sebab suka senyum (pelajar yang cakap tau, bukan CN ! hehehe). Satu pengalaman paling kelakar yang CN tak dapat lupakan adalah Cik Strawberi berwedges merah jatuh terduduk ! Pergh ! Malu beb ! Cerita dia macam ni, suatu pagi yang indah, Cik Strawberi yang memang suka memakai wedges kaler merah berjalan dengan confident ke kelas 2A. Masuk je kelas, seperti biasa Cik Strawberi akan memberi senyuman paling manis kepada pelajar sebelum mereka mengucapkan Selamat Pagi kepada Cik Strawberi. Malang tidak berbau, Cik Strawberi terjelepuk dan jatuh terduduk setelah salah langkah terpijak lubang pada simen yang masih belum direpair setelah berkali-kali membuat aduan. Dengan pantas, Cik Strawberi berdiri dengan pantas walaupun kaki masih rasa sakit dan memberi senyuman paling manis kepada pelajar sambil berkata "Mujur cikgu yang jatuh, bukan kamu. Kalau tak mesti kena saman dengan parent kan sebab membahayakan keselamatan." Pelajar2 yang masih terkejut dengan incident yang pantas tersebut menganggukkan kepala tanda setuju dengan pernyataan Cik Strawberi tersebut. Tamat... Moral value dari cerita di atas adalah senyuman mampu mengatasi rasa malu ! Setuju tak? Normal bagi seorang wanita yang suka memakai kasut tumit tinggi untuk jatuh terjelepuk di khalayak ramai. Itu ok lagi depan pelajar. CN pernah jatuh terduduk sebab wedges hitam di stesen Komuter Padang Jawa ! Masa kejadian adalah sekitar 6 petang ketika ramai orang balik keje menunggu komuter. Siap ada seorang gentlemen datang bertanya "Awak okay ke" sambil senyum-senyum ! Pergh ! Hanya senyuman manis mampu CN beri sambil terus berjalan tak pandang belakang ! hehehe senyuman paling manis bersama Tharanee & Velonney yang beroleh keputusan SPM yang cemerlang baru2 ni. Tahniah.. ~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~ |
100% sure with Dettol [part 1] Posted: 09 Mar 2015 12:00 AM PDT Jenama Dettol merupakan jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Antara produk Dettol yang menjadi kegemaran CN dan keluarga adalah body wash Dettol. Pelbagai kaler dah CN cuba, almaklumlah..CN ni kalau boleh mesti ada 2 jenis body wash berbeza bau dalam bilik mandi tu. Ikut mood nak guna yang mana ! Hehe Antara Big Mission dalam WOOP di entry SINI adalah "Anda dikehendaki mengambil gambar anak anda bersama sehelai kertas yang tertulis I'm 100% Sure With Dettol" dan kongsikan gambar tersebut di facebook. Kemudian print screen gambar yang telah dikongsi tadi dan hantar ke WOOP. Mudah bukan? ~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~ |
SEGMEN : MOMMY LIZZ`S BIRTHDAY GIVEAWAY Posted: 06 Mar 2015 09:02 AM PST |
You are subscribed to email updates from CikguNorazimah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment