Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Hidup tanpa cabaran tiada makna Posted: 15 Mar 2015 08:55 AM PDT Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku memang suka mengembara ke negara orang dan antara perkara extreme yang pernah aku lakukan adalah memancing di sebuah pulau di Bengkulu Sumatera. Aku bukanlah kaki pancing seperti tiga orang adik-adik aku tetapi semangat ingin mencuba sesuatu yang berbeza menyebabkan aku beranikan diri. Memancing di pinggir pulau dengan ombak setinggi 1 – 2 meter dan kekadang lebih memang sangat mencabar untuk aku yang pertama kali. Kepada kekawan yang lain fenomena ini biasa kerana mereka telah melalui ribut laut yang lebih dahsyat. Lebih mencabar untuk aku memancing dengan dibuai ombak setinggi itu bukan untuk beberapa jam tetapi dua hari satu malam. Bayangkan apa jadi pada aku yang kali pertama memancing di laut di gigi ombak yang tidak pernah berhenti beralun membadai karangan laut setiap minit. Alhamdulillah lebih seratus kilogram ikan yang berjaya dipancing tetapi aku melepek walaupun tidak muntah. Ketika itu rasanya nak balik ke pantai masa itu juga tetapi malu pulak pada kekawan. Pengalaman extreme memancing ini memang tidak akan aku lupakan walaupun tidak se extreme dua orag anak aku yang naik roller coaster terlaju di dunia di Ferarri World Abu Dhabi dengan kepantasan yang menyentap jantung dan abang yang terjun bungee di Kawarau Queenstown. Aku memang tak terikut keberanian anak-anak yang suka kepada aktiviti extreme. Tapi itulah hidup memang kena mencuba yang extreme untuk merasai kelainan daripada kebiasaan sebagaiman kisah penderma hati yang lebih extreme sanggup berkongsi organ dengan insan lain yang lebih malang. Dalam hidup ini cara paling selamat adalah buat perkara yang sama setiap hari jadi risiko hidup memang rendah. Memang ramai yang tidak suka pada cabaran terutama yang extreme kerana tidak mahu menyusahkan hidup. Aku tidak begitu lebih suka kepada cabaran terutama dalam perniagaan. Lebih tinggi cabaran, lebih tinggi risiko maka pulangannya akan lebih berbaloi. Bosannya hidup kalau buat benda yang sama berulang-ulang kali bertahun-tahun. Hidup bukan sekadar angan-angan tetapi impian yang perlu dijadikan kenyataan melalu gerak kerja yang extreme dan berbeza daripada orang lain barulah hasilnya berbeza. Kaki pancing sanggup bersabar menunggu berjam-jam untuk mendapat keseronokan bermain dengan ikan yang makan umpan. Malangnya kita selalu tidak sabar menghadap berbagai cabaran hidup yang sentiasa datang dan pergi. Hidup tanpa cabaran tiada maknanya. Bagaimana dengan anda, kalau ada pengalaman paling extreme yang pernah anda lakukan jom kongsi untuk bacaan kami. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment