Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Rumah Ngaji Platform Penyatuan Ummah Posted: 19 Mar 2015 12:14 AM PDT Assalamualaikum dan Salam 1Dunia. Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) telah merancang untuk mewujudkan 500 rumah ngaji di Kelantan. Pengerusinya, Dato’ Hussamuddin Yaacob memberitahu bahawa semangat ini perlu diwujudkan bagi melahirkan generasi celik Al-Quran. Kempen ini bukan untuk berpolitik tetapi sebagai kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penghayatan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti dan usaha yang telah dijalankan bagi memastikan seberapa ramai ummat yang dapat manfaat dari Rumah Ngaji ini. Kita berharap matlamat kempen #KitakanIslam akan berjaya mencapai matlamat seperti yang disasarkan. Sebenarnya, banyak permintaan daripada orang persendirian, masjid dan surau agar Rumah Ngaji ini dapat juga dikembangkan di tempat mereka. Dengan program ini, kita berharap pengajian Al Quran secara percuma dan pantas boleh disampaikan kepada pelajar, suri rumah, pekerja, pesakit di hospital, pesalah di penjara dan komuniti sehingga Al Quran dekat dan masuk ke hati. Antara objektif Rumah Ngaji ini adalah:
Tidak kira peringkat umur, anak-anak kecil dari 6 tahun sehingga peringkat orang tua 70 tahun berpeluang untuk mempelajari Al Quran secara percuma di Rumah Ngaji ini.
Ada hasrat untuk Rumah Ngaji dapat menaja lebih ramai guru Al-Quran yang dapat mengajar Al-Quran secara tetap ini. Sejumlah dana dan kos diperlukan sebagai perbelanjaan tenaga pengajar ini. Rebutlah peluang yang ada ini untuk menyalurkan sedikit sumbangan daripada kita sebagai amal jariah kita.
Di sini ada peluang untuk anda semua menaja 300 para Imam, Ustaz dan asatizah untuk hadir latihan sehari, Train of Trainers (ToT) Sistem Genius 24 jam Pandai Al Quran di HUSM Kota Bharu, pada 28 Mac ini. Kita buka tajaan dana RM100/orang pengajar bagi biayaan kit pengajar dan makan. Sumbangan boleh disalurkan ke: Kepada semua yang telah membaca entri sila sebarkan kepada semua sahabat sosial media semuga kita semua dapat membantu Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Hidupkan untuk Memberi barulah kita merasai nikmati kehidupan ini. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment