Friday, March 6, 2015

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi


Harga sebuah kerja seorang blogger

Posted: 06 Mar 2015 07:31 PM PST

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini aku terima satu email dari wakil sebuah syarikat telefon pintar berjenama antrabangsa yang selalu menjadi penaja besar rancangan hiburan di Astro. Tujuan email tersebut adalah untuk bekerjasama projek promosi filem Hollywood yang sedang mereka usahakan. Memanglah menarik apabila mendapat jemputan untuk bekerjasama dengan syarikat berjenama besar untuk projek filem hollywood pulak tu.

Mengikut perancangan 2015 memang team Denaihati tidak akan menerima advetorial percuma melainkan untuk projek khas. Memandangkan projek ini dari syarikat smartphone terkenal walaupun pulangan hanya 2 keping tiket filem hollywood jadi aku pertimbangkan tetapi untuk advetorial di blog travel Denai.my. Trafik blog Denai.my ini boleh tahan juga melebih 500 ribu untuk tahun 2014 walaupun tiada promosi dan tidak banyak entri.

blog travel denai.my

Nampaknya wakil syarikat lebih berminat untuk bekerjasama dengan blog Denaihati.com dari blog Denai.my dengan meningkatkan tawaran iaitu memberi lebih tiket dan produk merchandise filem Hollywood tersebut. Tawaran yang diberi kurang setimpal dengan kerja keras yang telah dilakukan oleh team Denaihati jadi email sebut harga telah dikirimkan sebagai membalas tawaran wakil syarikat tersebut. Sehingga entri ini ditulis pihak syarikat tersebut belum membalas email sebut harga iklan di blog denaihati. Sebelum ini pernah juga berkerjasama mempromosi filem Batman The Dark Knight Rises dengan P1 tetapi konsep kerjasama berbeza dan ramai blogger yang dapat manafaat.

Iklan dan advetorial adalah salah satu cara blogger buat duit dengan blog. Memang agak sukar menetapkan harga sesebuah iklan di blog kerana ianya bergantung kepada capaian trafik blog dan interaksi sosial media yang memberi kesan kepada sesebuah pengiklanan. Tersentuh juga hati apabila syarikat besar yang sanggup habis berjuta-juta untuk pengiklanan di media yang lain tetapi tidak sanggup membayar kepada blog walaupun jumlahnya sangat jauh berbeza. Begitulah nasib apabila kita mengharap rezeki datang bergolek. Untuk blogger yang berjiwa besar kita mesti berubah menunjukkan kehebatan kita sebagaimana syarikat pengiklanan yang sentiasa menunjukkan kehebatan mereka kepada syarikat berjenama besar sehingga mendapat kontrak jutaan ringgit.

fanpage blog Denaihati

Lain blogger lain caranya tetapi team Denaihati tidak akan memberi laluan mudah kepada pengiklan kerana setiap titik peluh kami ada nilainya. Setiap iklan yang dipaparkan diblog ini tidak akan dibiarka begitu sahaja contohnya iklan banner Zacheela.com.my pada bulan Januari 2015 telah dilihat oleh lebih 800 ribu pembaca dan mendapat 1800 klik manakala iklan banner Nabiah Beauty untuk bulan Februari pula dipaparkan kepada lebih 600 ribu pembaca dan mendapat lebih 10 ribu klik. Sudah pasti setiap kerja blogger ada nilainya dan setiap iklan yang dipaparkan mesti mendapat sebaran promosi yang berbaloi.

No comments:

Post a Comment