Sunday, March 29, 2015

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi


Malaysia Social Media Week 2015

Posted: 29 Mar 2015 01:09 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin ramai blogger tidak pernah rasa bahawa Malaysia Social Media Week adalah acara sangat  besar untuk blogger dan aktivis sosial media Malaysia. Kenapa aku kata begitu kerana setiap tahun tidak ramai blogger yang datang memenuhi dewan seminar dengan berbagai alasan yang tiada manafaat untuk diri sendiri. Sedangan beratus kalau bukan beribu wakil dari berbagai NGO, Syarikat dan aktivis sosial media buka sahaja dari Malaysia malah dari berbagai negara memenuhi dewan MSMW setiap tahun. Semuga untuk Malaysia Social Media Week 2015 lebih ramai blogger Malaysia terutama blogger Melayu ikut serta bukan sahaja untuk belajar ilmu baru tetapi lebih penting membina network keseluruh dunia.

msmw-2014-dewan-3

Jom kita lapangkan masa join “World blogger and social media summit” pada 22 – 23/4/2015 dan “MSMW 2015 Workshop” pada 24/4/2015 di Hotel Berjaya Square, Kuala Lumpur. Memang best sebab ramai speaker berbagai latar belakang dari berbagai negara berkongsi ilmu dan pengalaman yang blogger boleh jadikan panduan untuk go next level. Memang tak rugi kepada blogger yang bekerja untuk ambil cuti untuk belajar menjadi blogger profesional tak kiralah samada separuh masa atau sepenuh masa.

msmw-2014-session-2

MSMW memang terlalu banyak jasa untuk blog Denaihati bukan hanya anugerah-anugerah yang telah diterima tetapi lebih penting menaikkan jenama Denaihati kesuatu peringkat yang tidak pernah terbayang. Menang dan kalah bukan persoalannya contohnya beberapa kali blog Amanz.my tewas dalam katogeri teknologi sehingga ada yang boikot MSMW tetapi tanpa disedari kekalahan tersebut menjadikan blog Amanz lebih terkenal dan sekarang terlalu jauh meninggalkan blog kita semua. Berapa banyak pulak blog yang menang anugerah MSMW tetapi sekarang entah dimana.

msmw-2014-dewan-2

MSMW 2015 untuk blog Denaihati seperti juga MSMW 2014 tidak menyertai apa-apa katogeri. Kali ini kami calonkan blog travel Denai.my untuk katogeri MSMW Best Travel Blog 2015. Bukan mudah kerana sekarang sudah terlalu ramai travel blogger yang sangat aktif. Menang kalah bukan keutamaan tetapi yang lebih penting memperkenalkan blog Denai.my untuk projek-projek akan datang. Kepada rakan-rakan yang sudi nak mengundi sila undi blog Denai.my di UNDIAN MSMW 2015 yang dibuka pada 23/3 – 5/4/2015. Majlis penyampaian anugerah blogger dan sosial media 2015 akan diadakan pada 22/4/2015 di Hotel Bejaya Square, Kuala Lumpur.

msmw2014 pemenang anugerah

Jangan lupa juga beri sokongan kepada rakan-rakan blogger yang sudah mencalonkan diri untuk anugerah mengikut 10 katogeri yang ditetapkan. Berikut antara rakan blogger yang join Anugerah MSMW 2015.

Senarai Blog untuk Anugerah MSMW 2015

  1. Best News Blog : Penmerah.com
  2. Best Foodie Blog : Hazmanfadzil.com dan Mahamahu.com
  3. Best Gadget & Technology Blog :
  4. Best Gossip & Entertainment Blog :
  5. Best Lifestyle Blog : Mohdzarin.com, Akupenghibur.com, Namiacinta.com, Hafizrahim.com, Yanayassin.com, Kongsibersamanora.blogspot.com, Eveeus.com, Nizamijam.com, Mialiana.com, Dayangdeno.com, Faizalpj.com, Ahmadfaizal.com, Akujejaricomel.blogspot.com, Kupukupukecik.blogspot.com, Fadzirazak.blogspot.com, Ruby.my.
  6. Best Comics Blog :
  7. Best Photography Blog : Tarmizishukri.com
  8. Best Shopping Blog :
  9. Best Sports Blog : Motorsportroom.my, Guliroket.com, Boladaily.com dan Wangerrard.com.
  10. Best Travel Blog : Faizalfredley.com, Denai.my, MrJocko.com danTravelog.my

Ramai betul yang join jadi kalau ada yg tertinggal beritahu ya. Alhamdulillah ada juga alumnai Akademi Denaihati yang mencalonkan blog untuk beberapa katogeri. Aku sudah mengundi bagaimana pulak anda?

Saturday, March 28, 2015

CikguNorazimah

CikguNorazimah


Mandi manda di depan rumah

Posted: 28 Mar 2015 12:00 PM PDT

Mandi manda di depan rumah
Irfan & Qila sampai berbaring dalam pool. Best owh main buih dan mandi manda di depan rumah !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Mari kita berzumba !

Posted: 28 Mar 2015 12:00 AM PDT

#IrfanHensem,

Mari kita berzumba bersama #IrfanHensem ! 
Ini budak berjoget di atas meja taw sambil melompat-lompat keriangan. 
Alahai..rambut Irfan dah panjang ler, kena pegi potong ni..


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~ 

Friday, March 27, 2015

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi


Rahsia Masjid Nabawi Madinah

Posted: 26 Mar 2015 07:24 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lama nak menulis entri rahsia Masjid Nabawi tetapi baru kali ini berkesempatan. Siapa yang tidak jatuh cinta setelah kali pertama menjejak kaki di Masjid Nabawi menziarahi Rasulullah SAW. Pasti berderai air mata apabila berdoa di Raudah terasa dekat sangat dengan Baginda Nabi SAW. Berdoa di Raudah sambil bercerita kepada Rasulullah SAW apa yang telah kita buat untuk agama sebelum datang ke Madinah dan apa azam kita hendak lakukan untuk agama sekembali kita ke tanah air.

gambar masjid nabawi

Setelah menziarahi Rasulullah SAW dan berdoa di Raudah jemaah juga akan menziarahi perkuburan Al Baqi’ yang biasanya dibuka di awal pagi selepas suboh. Menziarahi makam para sahabat dan keluarga Rasulullah SAW menghadiahkan Al Fatihah. Kemudian jemaah akan melawat berbagai lokasi sejarah disekitar Kota Madinah mengambil berkat Tanah Haram dan menginsafi perjuangan para sahabat berjuang untuk agama terutama di Jabal Ruma tempat para syuhada perang Uhud.

Ramai jemaah terutama dari Malaysia yang tidak mengetahui rahsia di Masjid Nabawi ada banyak lagi kawasan yang boleh dilawati. Berikut antara beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati oleh jemaah. Bukanlah rahsia sebab ramai jemaah dari negara lain yang sentiasa datang dan pergi melawat tempat-tempat ini. Mutawif Malaysia tidak bawa jemaah melawat ke sini mungkin sebab mereka pun tak tahu.

Tiang Uthman Affan

Terletak di tengah-tengah Masjid Nabawi dalam terdapat Muzium Al Quran dan Perpustakaan Kitab Khusus.

Tiang Uthman Affan masjid nabawi

pintu ke muzium al quran masjid nabawi

Muzium Al Quran

Di tingkat tiga tiang Uthman Affan terdapat Muzium Al Quran yang terkumpul Al Quran tulisan tanggan dan berbagai Al Quran sejak zaman Saidina Uthman Affan.

muzium Al Quran masjid nabawi

Al Quran tulis tangan Saidina Uthman Affan

Al Quran Saidina Uthman Affan yang asli berada di Muzium Topkapi Turki

quran asli tulisan tangan masjid nabawi

replika al quran tulisan tangan

peta madinah

Perpustakaan Kitab Khusus

Di tingkat dua tiang Uthman Affan terdapat perpustakaan menyimpan kitab-kitab yang khusus hanya dua atau tiga salinan sahaja di dunia. Kitab-kitab ini tidak boleh di bawa keluar. Kita boleh baca di dalam.

perpustakaan kitab asli masjid nabawi

gedung buku Masjid Nabawi

Bilik Al Quran

Terletak di lantai bawah sebelah kanan apabila kita masuk dari pintu utama Masjid Nabawi. Masjid atau organisasi boleh bawa surat dengan cop rasmi untuk meminta Al Quran waqaf untuk masjid dan surau mereka. Al Quran ini adalah Al Quran hadiah dari jemaah yang bukan Al Quran rasmi yang dikutib kembali oleh pertugas Masjid Nabawi.

bilik al quran masjid nabawi

Bilik Audio

Jemaah boleh meninggalkan pen drive untuk merakamkan beribu rakaman ceramah dan bacaan imam Masjid Nabawi. Biasanya salinan rakaman boleh diambil dalam tempoh 2 hari.

bili audio masjid nabawi

Perpustakaan Umum

Ramai pelajar dan jemaah yang bertandang ke perpustakaan umum Masjid Nabawi yang terletak ditingkat atas sebelah kanan. Kena masuk dari pintu luar.

perpustakaan rujukan masjid nabawi

perpustakaan umum masjid nabawi

Muzium Sejarah Rasulullah SAW di Madinah

Terletak diluar pagar Masjid Nabawi bertentangan dengan pintu keluar perpustakaan umum Masjid Nabawi. Menceritakan kisah penghijrahan Nabi SAW, Kisah peperangan sepanjang Nabi di Madinah dan kisah keluarga Baginda Nabi SAW.

muzium madinah masjid nabawi

pameran muzium madinah

gambar kota lama madinah

muziam sejarah madinah masjid nabawi

Muzium pameran Nama-nama ALLAH

Muzium Nama-nama ALLAH ini memang best sebab berbagai paparan dipamerkan seperti 99 nama-nama ALLAH dan penjelasannya, video-video kejadian alam yang dikaitan dengan nama ALLAH dan macam-macam lagi. Memang rugi kalau tak pergi sendiri. Di akhirnya jemaah boleh beli poster dan CD nama-nama ALLAH.

muzium nama-nama ALLAH masjid nabawi

nama-nama ALLAH masjid nabawi

gambar muzium nama-nama ALLAH

dalam muzium nama-nama ALLAH masjid nabawi

Kepada yang sudah ke Madinah pernahkah anda menjejaki gedung penuh ilmu ini? Ada banyak lagi rahsia Masjid Nabawi yang masih tersembunyi dan beruntung kepada jemaah yang dapat mutafif yang mahir selok-belok sejarah Masjid Nabawi.

CikguNorazimah

CikguNorazimah


Kecantikan hakiki bukan dari wajah

Posted: 27 Mar 2015 12:00 PM PDT


Kecantikan hakiki bukan dari wajah
melainkan cahaya yang keluar dari hati


~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~

Hari terakhir bersama 3 Inovatif

Posted: 27 Mar 2015 08:31 AM PDT

cerita cikgu cantik

Cerita Cikgu kali ni adalah kisah hari terakhir CN bersama kelas 3 Inovatif. Bukan kerana CN bertukar sekolah, tapi kerana bertukar jadual dan CN kena mengajar subjek TMK (Teknologi Maklumat & Komunikasi) tingkatan 4 dan 5. Jadi CN terpaksa let go 2 kelas tingkatan 3 matapelajaran Geografi, Kelas tersebut adalah kelas 3 Cemerlang & 3 Inovatif yang merupakan kelas faveret CN. Budak2 dalam kelas ni best.

3 Inovatif ni even ramai budak agak nakal, tapi dorang dengar kata dan suka loyar buruk. CN suka layan budak loyar buruk ni, Its ok, jangan kurang ajar jer, tu memang menguji kesabaran !

Setelah 50 minit mengajar, CN ajak budak2 ni bergambar sebagai kenangan. At least boleh jadi cerita dalam blog kan? Almaklumlah, blogger part time. Semua benda boleh jadi bahan dalam blog ! hehehe

cerita cikgu cantik
Sempat berwelfie bersama gurls 3 Inovatif.
Sila abaikan muka CN yang terlebih bulat itu ! Ahaks~

cerita cikgu cantik
Berselfie dengan spontan depan budak2 ! Itu adalah CN ! Weee


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Contest teka berat baby Amal Insyirah

Posted: 27 Mar 2015 08:12 AM PDT

Klik banner untuk join


Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100

Pemenang adalah peneka paling tepat. Jika tiada jawapan paling tepat, jawapan paling hampir di kira sebagai pemenang.

Tarikh tamat penyertaan adalah pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada penganjur.

Penyertaan nya mudah aja:

1. Follow blog www.irrayyan.com dan
           instagr.am/rayyankata

2. Follow blog sponsor

3. Masukkan blog di bawah ke dalam bloglist
  1. ana www.anajingga.blogspot.com
  2. kc www.memburucintamu.blogspot.com
  3. sha www.awansayatasana.blogspot.com
  4. pcl www.nazlee.com
  5. anis www.adnan-daughter.blogspot.com

4. Follow instagram

Happy Birthday Angah

Posted: 27 Mar 2015 12:00 AM PDT

Norhamizah @ Angah

Hari ni 27 March 2015, genap la 27 tahun adik CN, Norhamizah @ Angah. Angah ni bff CN dari kecik sampai la sekarang. Segala bagai rahsia kitorang share tau, memang close ! Bila CN keluar berdua ngn angah, ramai ingat kitorang kawan sebab takde rupa adik beradik ! Dia ni sorang je adik beradik yang hidung mancung, semua hidung pesek termasuk CN ! Huhuhu

Buat Angah 

Happy birthday dear ! Awok tu dah jadi mak kepada 2 budak tau! Jangan perasan bujang hokay. Umo pun makin tua..
By the way.. meningkatnya usia ini, semoga jiwa dan fikiran juga semakin matang. Tabah dan sabar menghadapi dugaan, insyaAllah, ada hikmah disebalik ujian itu. Semoga ceria2 selalu & jangan lupa open table yer ini malam ! Huhu


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Thursday, March 26, 2015

CikguNorazimah

CikguNorazimah


7 Kelebihan Zinc Complex yang anda tidak tahu

Posted: 26 Mar 2015 12:00 PM PDT

Zinc Complex Shaklee
7 kelebihan Zinc Complex yang anda tidak tahu

1. Membentuk Kolagen
: Zinc Complex Shaklee mampu membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ. Bila umur nak masuk 30-an ni, kolagen dalam badan semakin berkurang, jadi memang perlu sangat supplemen yer.

2.  Mempertingkatkan Sistem Imun
: Membantu pengeluaran kelenjar thrymus untuk mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

3. Memperbaiki Masalah Prostat
: Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian Zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

4. Ovulasi Wanita
: Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi dimana membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahananya. 

5. Rambut Gugur
: Pengambilan Zinc Complex Shaklee membantu mengatasi masalah rambut gugur. CN sendiri selepas bersalin Irfan, mengalami masalah rambut gugur yang teruk. Alhamdulillah, dengan pengambilan Zinc Complex Shaklee sebiji sehari mampu mengatasi masalah rambut gugur. 

6. Mempercepatkan Pemulihan Luka
Zinc Complex Shaklee membantu pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit. Pengambilan Zinc Complex Shaklee selepas bersalin menghasilkan pemulihan yang cepat. 

7. Memperbaiki Radang Kulit
: Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti acne dan jerawat. 


psstt ! Bulan ni ada PROMOSI Zinc Complex Shaklee tau !
Beli 3 PERCUMA 1 !
Jimat, jimat dan sangat jimat !

=================================================================================

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / konsultasi / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi CN seperti di bawah:

Email: norazimah15@gmail.com
 SMS/whatsapp : 017-4992305

=================================================================================

TESTIMONI ZINC COMPLEX


Zinc Complex Shaklee
=======================================================================================

Zinc Complex Shaklee

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

5 Ordinary Malaysians Who Turned Out To Be Extraordinary Heroes For Others

Posted: 26 Mar 2015 03:40 AM PDT



1. Raven Murugesan. In a Facebook status that was widely shared on social media, Raven gave a fasting cashier some juice and biscuits so that she can buka puasa.
    • Big thumb cd7a
    • On 20 March, MyTeksi shared an incident that serves as a great example of kindness and generosity where most would not expect. The Facebook post detailed experience of a happy customer, whose name was not revealed, with one of its taxi drivers, Tamil Nesan. The customer had booked a taxi from Laman Ceylon to KL Sentral. However, upon arriving at KL Sentral, he realised that 
      1. He left his wallet at home. 
      2. There was no time to grab it, and 
      3. He didn't have cash for his journey to Singapore.
      Panicked, he didn't know what to do. Seeing his customer in genuine distress, the MyTeksi driver then offered to lend him all the RM240 he had on him. Mr Nesan then asked him to repay the borrowed amount and taxi fare when he returned to Malaysia.
    • 3. Mr Shamizon. Jay Sheelan recalls his experience on Facebook when traffic cop Mr Shamizon helped change his wife's car's flat tyre. Instead of accepting a token of thanks from Jay, he encouraged Jay to help others instead.
          • Big thumb 74f2

            Ajahn Cagino (left) with landscape architect Ng Sek San (centre, in black) and architect Chris Wong (right, back to camera) discussing plans for the home.
        • Cagino, 46, a former professional photographer, held a few exhibitions of his photography work in Malaysia in 2011, hoping to raise RM250,000 to build the children's home; at that time, the children were living in rented accommodation. But unexpectedly, RM500,000 was raised. Some RM370,000 went towards the purchase of a 3ha plot of land, leaving only RM130,000 to build a house, says Cagino at a recent interview; he had returned to Malaysia with several monks from the Ajahn Chah lineage for Wesak celebrations in May.
        • The volunteers include award-winning landscape architect Ng Sek San; architect Chris Wong; landscape contractor Lau Jian Pyng; professional photographer (and Cagino's former lecturer) David Lok; graphic artist (and Cagino's former classmate) Joseph Foo; and film director Tan Yew Leong. They not only helped to raise further funds, they also found a donor who gave RM1.3mil; the anonymous benefactor is a Malaysian developer who is a Buddhist.

        • 5. The Silaturrahim Brotherhood. These biker guys took it upon themselves to cover up potholes on Malaysian roads through their own initiative to make sure motorcyclists don't get into accidents.
        • Big thumb a906
          "You are all paid, but the Brotherhood does the work for free and without funds, so do something before it's too late," said the man, who was often known as Lando, when called by The Rakyat Post today. With just six group members, Azlan said money was not an issue. "Money comes and goes, but can you get a life back?" he asked when probed by The Rakyat Post.

        • Source : HERE

Alkisah shawl berumur 10 tahun

Posted: 26 Mar 2015 12:00 AM PDT

shawl pink

Percaya tak kalau CN cakap shawl pink yang CN pakai ni dah berumur 10 tahun??

Ini betul2 tau..bukan cubaan ! CN dapat hadiah shawl ni dari seseorang masa dekat Matrikulasi dulu. Masa tu umo 19 tahun, sekarang dah 29 tahun dan masih elok lagi condition shawl ni. Almaklumlah, masa bujang dulu malas bershawl. Sebab tu simpan jer shawl ni. Sekarang bila pakai balik, alahai..teringat lak zaman dulu2...hehehehe


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Bagaimana memastikan sumber maklumat itu sahih?

Posted: 25 Mar 2015 04:00 PM PDT


Sesuatu berita yang 'viral' atau popular tidak semestinya betul ! 

Ingat tu !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Wednesday, March 25, 2015

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi


Gambar Masjid Al Aqsa dan Dome of the rock

Posted: 24 Mar 2015 11:40 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada yang sudah membaca entri “mengembara juga ada cabarannya” pasti sudah tahu kembara yang paling aku tidak boleh lupakan adalah Kembara Palestine. Pengembaraan paling mencabar dengan berbagai kerenah pengurusan di sempadan dan kawalan ketat oleh tentera Israel. Bukan senang nak jejak kaki ke Masjid Al Aqsa yang menjadi rebutan sehingga ramai yang sengaja di kelirukan dengan Dome of the rock.

lorong kota lama baitulmuqaddis

Entri khas nak kongsi beberapa gambar Masjid Al Aqsa dan Dome of the rock untuk tatapan pembaca yang belum berkesempatan menjejaki kaki. Insyaa Allah azam sungguh-sungguh tidak mustahil suatu hari akan jejak di masjid ketiga paling mulia untuk umat Islam. Sembahyang di Masjid Al Aqsa mendapat 1000 kali lebih ganjaran berbanding dengan solat di masjid-masjid lain.

Gambar Masjid Al Aqsa

Masjid Al Aqsa dari depan

Masjid Al Aqsa dari depan

Masjid Al Aqsa

Masjid Al Aqsa lambang perjuangan Islam

masjid al aqsa di waktu senja

Dewan solat masjid al aqsa

Dewan solat masjid al aqsa

Mimbar Masjid Al Aqsa

Mimbar Masjid Al Aqsa

Kawasan Masjid Al Aqsa berada di dalam kota lama Baitulmuqaddis yang setiap pintu pagar masuk di kawal oleh tentera Israel. Kita perlu melalui lorong-lorong lama untuk sampai ke pintu masuk pagar Masjid Al Aqsa. Kawasan Masjid Al Aqsa memang luas di dalam nya terdapat Masjid Al Aqsa, Dome of the rock, Masjid Nabi Sulaiman, Masjid Buraq dan berbagai kubah dan gezebo. Untuk mengetahu lebih lanjut kisah boleh baca entri-entri Kembara Palestine seblum ini.

Gambar Dome of the Rock

dome of the rock di waktu malam

Doom of the rock dari mount of olive

Ramai yg keliru sangka kubah kuning adalah Masjid Al Aqsa

Dewan doom of the rock

Kesenian dalam Dome of the rock

Gua di bawah batu dome of the rock

Gua di bawah batu Dome of the rock yang dkatakan batu tergantung.

Gambar persekitaran Masjid Al Aqsa

Tembok barat Masjid Al Aqsa

Tembok barat Masjid Al Aqsa

kubah hadapan dome of the rock

pintu dome of the rock

gambar cantik dome of the rock

gambar luar dome of the rock

gerbang menuju ke masjid al aqsa

bulan di al aqsa

gazebo al aqsa

Gambar dalam kota lama Baitulmuqaddis

Laluan kereta di dalam kota baitulmuqadis

Pusat bisnis dalam kota baitulmuqadis

Lorong antara beribu di dalam kota baitulmuqadis

Laluan harian dalam kota baitulmuqadis