Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Posted: 05 Feb 2015 05:42 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti semua peserta cabaran iPhone 5s dan pembaca setia tertunggu-tunggu keputusan kerana cabaran sudah lama berakhir. Jutaan ampun dan maaf di atas kelewatan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tidak cukup tangan padang aku tadahkan tanda ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-cita. Kenangan paling manis sepanjang cabaran iPhone 5s apabila blog Denaihati mencapai ranking alexa terbaik sehingga dapat menewaskan blog gossip no satu Malaysia, Beautifulnara.com walaupun sekarang ranking sudah ke laut. Sepanjang cabaran berlansung berbagai cabaran telah dilalui oleh peserta untuk menguji ilmu berblog dan daya tahan kecekalan hati kerana tempoh yang panjang. Aku memohon maaf kerana kuiz ke dua terpaksa dibatalkan apabila tanpa diduga Facebook telah menerima semula kehadiran url denaihati.com setelah bertahun disenarai hitam. Keghairahan menerima berita gembira membuatkan kami terlupa cabaran sedang berlansung sehingga semua data-data telah berubah setelah ubahsuai dilakukan. Kerana kesuntukan masa kuiz ke 3 dan ke 4 juga tidak dapaat diteruskan. Insyaa Allah akan ada gantinya. Berikut adalah keputusannya : Pemenang Cabaran Kuiz
Pemenang Cabaran Komen Terbanyak
Setelah membuat penilaian dari semua tugasan yang telah diberi kepada peserta cabaran iPhone 5s berikut adalah pemenang (tidak mengikut ranking). Keputusan adalah muktamat. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa pasti ada ilmu dan pengalaman yang sangat berharga diperolehi sepanjang berlansungnya cabaran iPhone 5S. Semua pemenang di minta PM detail berikut nama penuh, hadiah, nama dan no akaun bank (terbaik Maybank), email, no hp, url blog dan alamat rumah ke page Denaihati Network. Majlis khas akan dibuat untuk menyerahkan hadiah utama iPhone 5s kepada pemenang. Bukan paksaan tetapi suka sangat kalau para pemenang dapat menulis kisah ini dengan backlinks kepada blog Denaihati. Jutaan terima kasih kepada semua penaja yang telah sudi menaja hadiah kepada peserta. Jangan serik untuk menaja pada cabaran-cabaran yang lain untuk tahun 2015.
Tunggukan Cabaran iPhone 6. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment