Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Restoran Melayu bila lagi nak berubah Posted: 15 Feb 2015 07:17 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hampir dua tahun aku tidak menjejaki kaki ke Alor Star, kali terakhir ketika menziarahi Universiti Antarabangsa Al Bukhary pada Fabruauri 2013. Kali ini misi menziarahi Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah di Kuala Nerang sambil memberi semangat kepada anak sahabat yang terpilih melanjutkan pelajaran di sini. Walaupun perjalanan hanya 12 jam sempat juga kami singgah dibeberapa tempat makan menarik di Alor Star yang menjadi kesukaan sahabat kami yang pernah bekerja di sini. Aku sangat tertarik dengan kisah Restoran Iman Koey Teow yang berbelas tahun dahulu bermula hanya dengan gerai roda tiga. Di tapak lokasi yang sama Iman Koey Teow berkembang dari gerai roda tiga kemudian menjadi gerai tetap dan hari ini sudah ada tiga pintu rumah kedai yang dibanjiri puluhan pelanggan. Kami sempat merasa sebungkus nasi lemak dan koey teow kerang yang mejadi menu kesukaan ramai. Dari pemerhatian aku di papan menu harga termahal RM7 untuk koey teow super special. Aku berpuashati dengan rasa makanan yang dihidangkan, perkhidmatan yang diberikan oleh pertugas dan kebersihan restoran luar dan dalam. Sehari selepas trip ke Alor Star aku dan keluarga pergi pula ke Muar menziarahi anak yang belajar di Madrasah An Nur. Sekembali dari Muar kami singgah di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi untuk menjamah koey teow kerang versi Bangi. Porsi terlalu banyak sesuai kepada yang memang lapar gila, kepada yang tak lapar boleh kongsi sepinggan untuk berdua dan rasanya bolehlah tahan. Yang tak bagus kebersihan restoran memang kurang dan perkhidmatannya sehingga perlu angkat entah berapa kali tangan untuk buat bayaran. Selepas menunggu entah berapa minit seorang pembantu datang kata bayar di hadapan tapi tak nampak pun kaunter. Rupanya kena bayar pada pengoreng koey toew dan pelanggan kena sebut satu persatu apa yang dimakan dan minum. bayangkan kalau kita datang 10 orang jenuh juga nak ingat semula yang dimakan. Aku tegurlah apa punya sistem yang restoran ini guna dan dia sengih sahaja dan kata tak cukup pekerja. Kalau pembaca pernah baca entri-entri lama pasti tahu aku pernah terlibat dalam industri makanan berbelas tahun. memang sedih bila melihat prestasi toke restoran Melayu yang majoriti tidak pernah kisah untuk memajukan perniagaan mereka seiring dengan kemajuan teknologi dan tahap ekonomi pelanggan. Kalau nak dibandingkan dengan toke restoran Mamak dan Cina jauh sangat kerana mereka sudah berubah menjadi Bistro dan Cafe sehingga ada yang sudah disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur. Kedai mamak pun sudah guna smartphone dan aplikasi untuk ambil pesanan dan buat bayaran. Setiap kali menjejaki kaki ke pasaraya besar punyalah susah nak cari restoran Melayu yang pasti halal, kalau di Mid Valley hanya ada satu sahaja iaitu Restoran Belanga. Nak kata restoran Melayu tidak berjaya tidak juga kerana ada banyak restoran Melayu yang penuh dengan pelanggan cuma ada yang sudah berbelas tahun dengan imej yang sama tidak pernah dan mungkin tidak mahu berubah seperti Restoran Iman Koey Teow yang berani berubah. Restoran Melayu lain bila agaknya nak berubah? |
Berkongsi trafik blog dengan blog lain Posted: 14 Feb 2015 08:53 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah rezeki ini memang patut dipanjangkan barulah kita menjadi manusia yang memberi manafaat kepada seluruh alam walaupun tak akan tercapai kehebatan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Jumlah trafik blog Denaihati.com untuk tarikh 1/1 – 15/2/2015 meningkat 16% berbanding tahun lepas. Syukur sangat trafik blog bertambah walaupun kekerapan entri agak berkurangan kerana sibuk dengan perancangan ekonomi 2015. Trafik yang meningkat tersebut tidak hanya terhenti di blog Denaihati tetapi mengalir terus ke blog-blog lain dengan beberapa cara iaitu :
Mungkin berkat berkongsi trafik maka blog Denaihati antara yang dipilih oleh rakan blogger dalam senarai top 10 Malaysia Best Blog 2015. Terima kasih semua. Top 10 blog yg mendapat trafik terbanyak dari blog Denaihati ;
Berapa banyak trafik blog yang mereka dapat? .. pasti mereka tahu sebab ada yang dapat sehingga berbelas ribu dalam tempoh tersebut. Kepada yang belum tersenarai jangan berputus asa untuk terus bersama dengan blog Denaihati.com. Tengah rancang-rancang nak bagi hadiah kepada pembaca yang suka berkongsi idea di ruang komen pada setiap entri baru dan lama blog Denaihati. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment