Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
10 Individu Terkaya Dunia 2015 Posted: 27 Feb 2015 06:56 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini kita sudah baca entri “10 individu terkaya Malaysia 2015” yang menunjukan kemerosotan jumlah harta untuk semua 10 billionaire Malaysia. Berbeza pulak dengan 100 individu terkaya dunia 2015 yang menunjukkan peningkatan jumlah USD6.6 trillion berbanding USD5.4 trillion pada tahun 2014. Buat pertama kali orang terkaya dari Tanzania dan Lithuania masuk dalam senarai terkaya dunia. Tan Sri Robert Kuok orang paling kaya di Malaysia dengan harta terkumpul USD11.3b tersenarai pada kedudukan ke 106 orang terkaya di dunia 2015. Bill Gates mengambil alih semula kedudukan dari Carlos Slim Helu sebagai orang paling kaya di dunia 2015. Dari 10 terkaya dunia, kekayaan Mark Zuckerberg toke Facebook paling banyak meningkat dari USD15.2b kepada USD28.5b. Senarai 10 Individu Terkaya Dunia 2015 Senarai 10 Individu Terkaya Singapore 2015 Senarai 10 Individu Terkaya Indonesia 2015 Senarai 10 Individu Terkaya Thailand 2015 Ramai juga antara kita merasakan jadi kaya hanya impian semasa tidur dan tidak kurang juga yang mengaitkan kekayaan dengan perkara negatif. Jangan lupa antara tiga perkara yang akan terus menjadi bekalan apabila kita berpindah ke alam akhirat adalah sedekah jariah yang kita lakukan semasa hidup terutamanya semasa sihat. Sedekah jariah hanya boleh kita lakukan apabila kita mempunya harta dan lebih banyak lebih baik sehingga apabila tangan memberi tangan kiri tidak mengetahui. Biar kita beribadah seperti esok kita akan mati dan berusaha sekuat mungkin seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi. Selagi hidup buatlah yang terbaik untuk memberi manafaat kepada seluruh alam buka sebagai beban pada kehidupan. |
Pengalaman memohon Universiti Islam Madinah Posted: 26 Feb 2015 11:40 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur akhirnya selesai juga urusan pemohonan online Abang untuk masuk ke Universiti Islam Madinah. Pada mulanya Abang yang baru dapat keputusan STAM 2014 memang tak berapa minat nak pergi UIM kerana ramai rakan-rakannya sambung belajar di Jordan dan Mesir. Setelah berbincang hati ke hati akhirnya Abang setuju untuk melanjutkan pelajaran ke Bumi Madinah terlebih pulak mendapat galakkan dari Ustaz Noehas. Cara Memohon Masuk ke Universiti Islam Madinah
Pemohonan Abang untuk ke UIM secara online sudah diuruskan, sekarang nak kena cari informasi bila Sheikh dari UIM akan datang bercuti ke Malaysia. Biasanya ketika musim panas bulan Jun atau Julai. Terima kasih kepada semua yang membantu antaranya Ustaz Noehas, Hj Masrukhin, Ustaz Syed Puad, Eizil, Abang Fuzilan, Haji Azman, Datuk Zainal dan semua yang terlibat. Semuga ALLAH permudahkan kehidupan dunia akhirat kalian. Doakan semua calon yang memohon ke UIM dipilih ALLAH untuk menjadi tetamu menyambung pengajian di Bumi Haramain Madinah Al Munawarah. Seterusnya menjadi pejuang-pejuang Islam yang meneruskan pengorbanan Rasulullah SAW untuk manafaat agama dunia akhirat. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment