Thursday, February 26, 2015

CikguNorazimah

CikguNorazimah


Irfan yang kuat makan !

Posted: 26 Feb 2015 12:00 PM PST

anak kuat makan

Alhamdulillah..Irfan dari kecik memang tak ada masalah makan. Dia memang seorang yang kuat makan ! Lagi-lagi kalau makanan faveret dia spageti atau adik beradik mee, memang confirm habis ! 

Lagi satu, Irfan memang suka makan sup. Bagilah sup apa pun, memang dia suka. Dekat gambo atas ni, Irfan cuma makan nasi+kicap+ayam goreng. Habis tau even makanan simple macam tu. 

Cuma masalah budak bambam ni adalah sayur. Dia memang takmo makan sayur. Cara paling mudah adalah dengan pelbagaikan hidangan sayur menjadi satu hidangan yang menarik. CN suka buat kacang panjang celup tepung. Sedap dan rangup tau ! 

Paling mudah untuk memenuhi keperluan si kecil adalah dengan Vita-Lea for Children. Vitamin ni mengandungi 18 jenis vitamin & mineral. Rasanya pun sedap ! Kalau tak sorok benda ni, confirm sekali hadap boleh habis tau !
Vita-Lea for Children

===============================================================================

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / konsultasi / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi CN seperti di bawah:

Email: norazimah15@gmail.com
 SMS/whatsapp : 017-4992305

===============================================================================

Resepi Kek Lumut Lapis Cheese

Posted: 26 Feb 2015 12:00 AM PST

Kek Lumut Lapis Cheese

Kek Lumut Lapis Cheese memang menggoda masa mula-mula CN tengok di Group Resepi Kita. Kredit gambar di ambil dari group tersebut. Gambar CN lupa nak snap..hehe
Bahan-bahan kek ni mudah dan caranya ringkas. Cuma masa agak lama untuk mengukus kerana Kek Lumut Lapis Cheese ni tidak menggunakan sebarang serbuk penaik. Rasanya ? Mestilah sedap !!


Bahan-bahan Kek Lumut Lapis Cheese 

1 cawan tepung
1 cawan horlicks
250g butter
4 biji telur
3/4 gula halus
4 sudu besar kaya
1/4 susu pekat
Pes pandan dgn pewarna hijau

* Untuk lapis putih
250g cream cheese
Sebiji telur
3/4 gula halus
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air masak

Cara-cara membuat Kek Lumut Lapis Cheese 

Mixer butter dan gula sampai sebati
Masuk telur sebiji sebiji
Masukkan susu, kaya, pes dgn pewarna hijau. Dah sebati masukkan tepung gandum sampai sebati lagi.
Bahagikan kepada 2 kukus separuh. Sementera kukus selama 30 minit bolehlah mixer cream cheese tadi.
Mixer cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur, air dgn tepung. Kukus selama 15 minit. Kemudian lapiskan adunan tadi dan kukus sehingga 45 minit. Sejukkan baru potong. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman

Posted: 23 Feb 2015 12:30 AM PST

Salam Buku!

Eh, ada ke Salam Buku..? Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman ni Sally adakan sempena dengan kehadiran entri Vintage Book Marker yang Sally pernah tulis beberapa minggu yang lepas dan sebagai pendorong supaya anda semua rajin membaca macam Sally (ihikkss), Sally nak bagi Vintage Book Marker ni kepada mereka yang bertuah.

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/02/vintage-book-marker-giveaway-by-sally.html


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark)...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 23rd February - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia) 
(Jika anda tiada mana-mana medium sosial media diatas, anda masih lagi boleh menyertainya)

Vintage Book Mark
Regular Book Mark

No comments:

Post a Comment