Sunday, February 22, 2015

CikguNorazimah

CikguNorazimah


Nak masuk neraka kena bayar?

Posted: 22 Feb 2015 12:00 PM PST

islamic quote

Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar?"

Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"

Jawab bapanya,
✔ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✔ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✔ Bukankah nak merokok kena bayar?
✔ Bukankah masuk pub kena bayar?
✔ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.

✔ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✔ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✔ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✔ Jika berzikir, kita tak perlu bayar

Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

1 x 1 = 2

Posted: 22 Feb 2015 12:00 AM PST

Lazada Malaysia

1 x 1 = 2 

Hah ! Terkejutkan dengan persamaan di atas? 

Cerita dia macam ni.. suatu pagi yang indah dan nyaman di kelas 3 X ( dirahsiakan atas permintaan pelajar). CN dengan senang hati mengajar Geografi dengan topik Skala. Untuk mengira luas kawasan sekata, CN dengan konfiden bertanya kepada pelajar, " Kelas... 1 x 1 berapa?" dengan harapan mereka akan menjawab 1 dan bolehlah CN terus menerangkan cara-cara mengira luas kawasan sekata. Tetapi, alangkah terkezut apabila dengan lantang bebudak ni jawab 2

Hah ! Kelas yang CN tengah mengajar ni kelas pertengahan, takkan tak lepas sifir 1 lagi? Dengar jer suara CN yang lantang berbunyi "Hah!", terus bebudak ni tukar jawapan. "Eh, 1 la cikgu", kata salah seorang pelajar yang cerdik sikit. Barulah kawan-kawan yang lain sedar.. mereka confuse dengan alasan perut lapar, tak dapat mengira dengan betul ! Alahai bebudak....

Tapi itulah, bila semakin naik tingkatan, semakin sukar topik yang diajar sampaikan soalan kacang 1 x 1 boleh jadi 2 ! Hehehe


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

No comments:

Post a Comment