Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Posted: 03 Feb 2015 07:01 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini aku ada menulis entri apa persediaan menghadapai kemerosoton ekonomi dunia tetapi berapa ramai pembaca yang ambil kisah atau masih ramai yang lebih suka menjadi keyboard warrior. Seperti kata Tengku Razaleigh Hamzah kemerosoton ekonomi Malaysia bukan kelemahan Kerajaan tetapi disebabkan faktor luaran yang membabitkan semua negara luar yang jadi mainan askar dajjal. Akibat dari kemerosotan ekonomi dunia harga minyak untuk bulan Februari 2015 turun kerana harga minyak dunia merosot lagi. Turunnya harga minyak Malaysia adalah rahmat kepada rakyat yang selama ini merungut sehingga berdemo di Dataran Merdeka untuk memaksa Kerajaan menurunkan harga. Harapan rakyat apabila harga minyak turun maka kehidupan semakin selesa apabila harga barang pun sepatutnya turun. Dulu peniaga memberi alasan kerana harga minyak mahal mereka terpaksa menaikan harga barangan. Malangnya hampir semua peniaga yang tamak haloba tidak menurunkan harga barangan walaupun harga diesel sudah turun kepada RM1.70 dari harga tertinggi RM2.23. Nak mengharapakn ahli politik berjuang memang janganlah malah mereka bergaduh isu perkauman sehingga peniaga yang tamak haloba mendapat keuntungan kerana dilindungi dan rakyat juga menjadi mangsa. Tapi rakyat sebagai pengguna pun salah kerana semuanya mengharapkan ahli politik untuk berjuang untuk mereka. Alasanya mereka sudah mengundi jadi ahli politik mesti bekerja untuk mereka. Rakyat mesti penjadi PENGGUNA yang BERANI melawan kumpulan kapitalis yang tamak haloba mencekik leher pengguna untuk mendapat keuntungan yang bukan milik mereka. PENGGUNA mesti BERANI berdiri memboikot semua peniaga yang kejam tak kira Melayu, Mamak, India, Bangla apatah lagi majoriti peniaga Malaysia adalah Cina. Kalau sebelum ini kita BERANI membuat kain rentang besar dan membaling batu ke pintu restoran McDonald’s kerana dikatakan membantu Yahudi yang menyerang Palestine. Kalau sebelum ini kita dengan BERANI menyerang Cadbury kerana dikatakan mempunyai dna babi. Mana KEBERANIAN kita semua untuk menentang peniaga tamak haloba merampas wang kita sesuka hati? PENGGUNA mesti BERANI bagun untuk boikot peniaga yang zalim untuk kepentingan diri sendiri. Biarkan orang politik dan NGO dengan cara mereka dan kita PENGGUNA gunakan kuasa kita untuk memaksa peniaga menurunkan harga barangan. Bayangkan kalau kita sama-sama 1Malaysia boikot seminggu kedai makan yang menjual makanan dengan harga yang mahal pasti melingkup kedai tersebut termasuklah semua rantaian syarikat yang menjual produk kepada kedai makan tersebut. Pelik sungguh pengguna Malaysia ini … bila agaknya kita nak jadi PENGGUNA BERANI yang berani bagun bersama menentang kezaliman peniaga tamak haloba ini? Mungkin ini masanya Blogger bersatu menentang peniaga yan zalim. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment