Saturday, February 28, 2015

CikguNorazimah

CikguNorazimah


Tamat sudah Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

Posted: 28 Feb 2015 12:30 AM PST

TAMAT

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Tamat sudah Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN. Nantikan keputusan dalam masa terdekat yer. Sementara tunggu keputusan, marilah kita sama-sama blogwalking ke blog peserta Segmen Bloglist Mac-April by CN ni yer

Friday, February 27, 2015

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi


10 Individu Terkaya Dunia 2015

Posted: 27 Feb 2015 06:56 PM PST

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini kita sudah baca entri “10 individu terkaya Malaysia 2015” yang menunjukan kemerosotan jumlah harta untuk semua 10 billionaire Malaysia. Berbeza pulak dengan 100 individu terkaya dunia 2015 yang menunjukkan peningkatan jumlah USD6.6 trillion berbanding USD5.4 trillion pada tahun 2014. Buat pertama kali orang terkaya dari Tanzania dan Lithuania masuk dalam senarai terkaya dunia.

Tan Sri Robert Kuok orang paling kaya di Malaysia dengan harta terkumpul USD11.3b tersenarai pada kedudukan ke 106 orang terkaya di dunia 2015. Bill Gates mengambil alih semula kedudukan dari Carlos Slim Helu sebagai orang paling kaya di dunia 2015. Dari 10 terkaya dunia, kekayaan Mark Zuckerberg toke Facebook paling banyak meningkat dari USD15.2b kepada USD28.5b.

Senarai 10 Individu Terkaya Dunia 2015

gambar 10 orang terkaya dunia 2015

Senarai 10 Individu Terkaya Singapore 2015

gambar orang terkaya singapore 2015

Senarai 10 Individu Terkaya Indonesia 2015

susuk terkaya Indoensia 2015

Senarai 10 Individu Terkaya Thailand 2015

richest in Thailand 2015

Ramai juga antara kita merasakan jadi kaya hanya impian semasa tidur dan tidak kurang juga yang mengaitkan kekayaan dengan perkara negatif. Jangan lupa antara tiga perkara yang akan terus menjadi bekalan apabila kita berpindah ke alam akhirat adalah sedekah jariah yang kita lakukan semasa hidup terutamanya semasa sihat. Sedekah jariah hanya boleh kita lakukan apabila kita mempunya harta dan lebih banyak lebih baik sehingga apabila tangan memberi tangan kiri tidak mengetahui.

Biar kita beribadah seperti esok kita akan mati dan berusaha sekuat mungkin seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi. Selagi hidup buatlah yang terbaik untuk memberi manafaat kepada seluruh alam buka sebagai beban pada kehidupan.

Pengalaman memohon Universiti Islam Madinah

Posted: 26 Feb 2015 11:40 PM PST

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur akhirnya selesai juga urusan pemohonan online Abang untuk masuk ke Universiti Islam Madinah. Pada mulanya Abang yang baru dapat keputusan STAM 2014 memang tak berapa minat nak pergi UIM kerana ramai rakan-rakannya sambung belajar di Jordan dan Mesir. Setelah berbincang hati ke hati akhirnya Abang setuju untuk melanjutkan pelajaran ke Bumi Madinah terlebih pulak mendapat galakkan dari Ustaz Noehas.

gambar Universiti Islam Madinah

Cara Memohon Masuk ke Universiti Islam Madinah

  1. Pemohonan mesti dibuat secara online di website rasmi Universiti Islam Madinah.
  2. Calon mesti lulus peperiksaan SPM dan sijil STAM adalah bonus.
  3. Dokumen kad pengelanan, surat beranak dan sijil SPM mesti diterjemah ke bahasa arab di Institut Terjemaah & Buku Malaysia beralamat di Wisma Itnm, 2, Jalan 2/27e, Taman Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. Proses penterjemahan mengambil masa 3 – 5 hari bekerja tapi kalau nak buat ekspress ada yuran tambahan yang dikenakan. Kami bayar RM250 untuk 3 dokumen. Terima kasih kepada Ustaz Syed Puad yang membantu.
  4. Borang pemeriksaan kesihatan perlu diambil di Kedutaan Arab Saudi Malaysia beralamat di Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemeriksaan kesihatan perlu dibuat di hospital yang disenaraikan oleh Kedutaan Arab Saudi. Kami memilih KPJ Selangor kerana ada kenalan. Pemeriksaan kesihatan mengambil masa 7 hari bekerja.
  5. Perlu mendapatkan dua surat sokongan (tazkiyah) daripada individu atau organisasi yang diiktiraf oleh Universiti Islam Madinah.
  6. Dokumen berikut mesti di scan pada format jpg dengan saiz tidak lebih 4 mb. Calon akan ada masalah untuk memuat turun dokumen seperti kami pada awalanya sekiranya dokumen menggunakan format pdf dan file melebihi size 4 mb.
    • Kad pengenalan asli
    • Kad pengenalan terjemahan arab
    • Sijil SPM asli
    • Sijil SPM terjemaah arab
    • Sijil STAM asli (jika ada)
    • Sijil STAM terjemaah arab (jika ada)
    • Gambar berukuran passport
    • Laporan kesihatan menggunakan borang yang disediakan oleh Kedutaan Arab saudi
    • Surat sokongan pertama berbahasa arab
    • Surat sokongan kedua berbahasa arab
    • Passport calon
  7. Calon perlu mengisi data peribadi  dan data-data lain ke dalam borang pemohonan secara online dalam bahasa arab dan muat masuk semua dokumen yang telah di scan ke dalam borang online tersebut.
  8. Calon akan mendapat no pemohonon 8 digit setelah semua selesai sebagai no rujukan setiap kali berurusan dengan pihak UIM.
  9. Calon juga dikehendaki menyerahkan no pemohonan kepada pihak hospital dimana pemeriksaan kesihatan dibuat untuk pihak hospital mengirimkan laporan kesihatan secara online ke Kedutaan Arab Saudi.
  10. Uruskan pertemuan dengan Sheikh Pengajian untuk interview samada di Madinah atau di Malaysia semasa lawatan beliau ke Malaysia.
  11. Dapatkan berita pengajian terkini melalui wakil pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah.
  12. Baca  Maklumat dan Syarat Permohonan Belajar Di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi tulisan sahabat aku, Sheikh Mohd Danial dan Wan Muhd Usaid.

Pemohonan Abang untuk ke UIM secara online sudah diuruskan, sekarang nak kena cari informasi bila Sheikh dari UIM akan datang bercuti ke Malaysia. Biasanya ketika musim panas bulan Jun atau Julai. Terima kasih kepada semua yang membantu antaranya Ustaz Noehas, Hj Masrukhin, Ustaz Syed Puad, Eizil, Abang Fuzilan, Haji Azman, Datuk Zainal dan semua yang terlibat. Semuga ALLAH permudahkan kehidupan dunia akhirat kalian.

Doakan semua calon yang memohon ke UIM dipilih ALLAH untuk menjadi tetamu menyambung pengajian di Bumi Haramain Madinah Al Munawarah. Seterusnya menjadi pejuang-pejuang Islam yang meneruskan pengorbanan Rasulullah SAW untuk manafaat agama dunia akhirat.

CikguNorazimah

CikguNorazimah


Hadiah Pengkomen Tegar dari Mialiana

Posted: 27 Feb 2015 12:00 PM PST


Hadiah Pengkomen Tegar dari Mialiana..best tak? Kaler merah tuh..memang sesuaii sgt dgn jiwa CN..hehe. 
Ni hadiah untuk pengkomen tegar 2014 tau, alhamdulilah, CN tersenarai dan dapatlah headphone kaler merah ni. 

Thanks kak +Mia Liana ..sayang akak ketat-ketat !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Jangan pernah tinggalkan mereka

Posted: 26 Feb 2015 10:20 PM PST

ibu dan ayah

Ayah & Ibu
Tak pernah tinggalkan kita saat kita kecil.
Jadi jangan pernah tinggalkan mereka bila mereka sudah tua


~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~

Thursday, February 26, 2015

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi


10 individu terkaya Malaysia 2015

Posted: 26 Feb 2015 09:51 AM PST

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, keadaan ekonomi tahun 2015 berbeza daripada tahun 2014 terutama untuk industri minyak dan gas. Nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar juga merosot pada tahap terendah dalam tempoh 5 tahun. Dua faktor ini telah memberi kesan besar kepada senarai orang terkaya Malaysia 2015 berbanding 10 individu terkaya Malaysia 2014.

Dua individu Melayu terkaya 2014 iaitu Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim terkeluar daripada senarai 10 orang terkaya Malaysia 2015. Satu-satunya billionaire Melayu yang masih berada dalam senarai adalah Tan Sri Syed Mokhtar juga turun dari kedudukan enam kekedudukan kelapan . Puan Lim Kim Hoa satu-satu wanita yang masuk dalam senarai 2014 juga terkeluar dari senarai terkaya 2015.

Top 10 individu terkaya Malaysia 2014

Top 10 individu terkaya Malaysia 2014 (sumber google)

Alhamdulillah aku telah menulis senarai 10 orang terkaya di Malaysia sejak 2010 sehingga entri menjadi rujukan Wikipedia. Untuk tahun 2015 Forbes telah mengeluarkan senarai 50 individu terkaya di Malaysia. Tan Sri Robert Kuok dan Tan Sri Ananda Krishnan masih mengekalkan dua kedudukan teratas individu terkaya di Malaysia sejak beberapa tahun lepas.

Senarai 10 Individu Terkaya Malaysia 2015

  1. Robert Kuok USD11.3b
  2. Ananda Krishnan USD9.7b
  3. Tan Sri Queck Leng Chan USD5.6b
  4. Tan Sri Lim Kok Thay USD5.5b
  5. Tan Sri Teh Hong Piow USD5.4b
  6. Tan Sri Lee Shin Cheng USD4.6b
  7. Tan Sri Yeoh Tiong Lay USD3b
  8. Tan Sri Syed Mokhtar USD2.9b
  9. Goh Peng Ooi USD1.6
  10. Tan Sri Lee Oi Hian & Dato’ Lee Hau Hian USD1.5B
gambar 10 individu terkaya Malaysia 2015

10 individu terkaya Malaysia 2015 (klik untuk lihat 40 lagi)

Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar kita kena jadi manusia kreatif untuk menambah sumber pendapatan. Bukan semua industri akan menurun apabila keadaan ekonomi dunia tidak menentu. Pasti ada industri yang terus berkembang dan kita kena cepat menyesuaikan diri mencari peluang tersebut. Kita tidak boleh terlalu memilih bidang bisnis yang hendak diceburi tetapi mencari peluang yang menguntungkan walaupun bukan kepakaran kita.

CikguNorazimah

CikguNorazimah


Irfan yang kuat makan !

Posted: 26 Feb 2015 12:00 PM PST

anak kuat makan

Alhamdulillah..Irfan dari kecik memang tak ada masalah makan. Dia memang seorang yang kuat makan ! Lagi-lagi kalau makanan faveret dia spageti atau adik beradik mee, memang confirm habis ! 

Lagi satu, Irfan memang suka makan sup. Bagilah sup apa pun, memang dia suka. Dekat gambo atas ni, Irfan cuma makan nasi+kicap+ayam goreng. Habis tau even makanan simple macam tu. 

Cuma masalah budak bambam ni adalah sayur. Dia memang takmo makan sayur. Cara paling mudah adalah dengan pelbagaikan hidangan sayur menjadi satu hidangan yang menarik. CN suka buat kacang panjang celup tepung. Sedap dan rangup tau ! 

Paling mudah untuk memenuhi keperluan si kecil adalah dengan Vita-Lea for Children. Vitamin ni mengandungi 18 jenis vitamin & mineral. Rasanya pun sedap ! Kalau tak sorok benda ni, confirm sekali hadap boleh habis tau !
Vita-Lea for Children

===============================================================================

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / konsultasi / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi CN seperti di bawah:

Email: norazimah15@gmail.com
 SMS/whatsapp : 017-4992305

===============================================================================

Resepi Kek Lumut Lapis Cheese

Posted: 26 Feb 2015 12:00 AM PST

Kek Lumut Lapis Cheese

Kek Lumut Lapis Cheese memang menggoda masa mula-mula CN tengok di Group Resepi Kita. Kredit gambar di ambil dari group tersebut. Gambar CN lupa nak snap..hehe
Bahan-bahan kek ni mudah dan caranya ringkas. Cuma masa agak lama untuk mengukus kerana Kek Lumut Lapis Cheese ni tidak menggunakan sebarang serbuk penaik. Rasanya ? Mestilah sedap !!


Bahan-bahan Kek Lumut Lapis Cheese 

1 cawan tepung
1 cawan horlicks
250g butter
4 biji telur
3/4 gula halus
4 sudu besar kaya
1/4 susu pekat
Pes pandan dgn pewarna hijau

* Untuk lapis putih
250g cream cheese
Sebiji telur
3/4 gula halus
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air masak

Cara-cara membuat Kek Lumut Lapis Cheese 

Mixer butter dan gula sampai sebati
Masuk telur sebiji sebiji
Masukkan susu, kaya, pes dgn pewarna hijau. Dah sebati masukkan tepung gandum sampai sebati lagi.
Bahagikan kepada 2 kukus separuh. Sementera kukus selama 30 minit bolehlah mixer cream cheese tadi.
Mixer cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur, air dgn tepung. Kukus selama 15 minit. Kemudian lapiskan adunan tadi dan kukus sehingga 45 minit. Sejukkan baru potong. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman

Posted: 23 Feb 2015 12:30 AM PST

Salam Buku!

Eh, ada ke Salam Buku..? Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman ni Sally adakan sempena dengan kehadiran entri Vintage Book Marker yang Sally pernah tulis beberapa minggu yang lepas dan sebagai pendorong supaya anda semua rajin membaca macam Sally (ihikkss), Sally nak bagi Vintage Book Marker ni kepada mereka yang bertuah.

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/02/vintage-book-marker-giveaway-by-sally.html


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark)...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 23rd February - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia) 
(Jika anda tiada mana-mana medium sosial media diatas, anda masih lagi boleh menyertainya)

Vintage Book Mark
Regular Book Mark

Wednesday, February 25, 2015

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi


Jadual dan Keputusan Perlawanan JDT 2015

Posted: 24 Feb 2015 08:57 PM PST

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada peminat Liga Super Malaysia jangan marah ya sebab ini entri khas untuk peminat pasukan Jahor Darul Ta’zim F. C yang semakin meluaskan kuasanya. Kehadiran pasukan JDT dipersada dunia bola sepak Malaysia memang memberi impak. Kepimpinan TMJ membawa JDT keperingkat yang sangat berbeza telah mengubah suasana bola sepak Malaysia menjadi lebih menarik.

Sebelum ini Tan Sri Annuar Musa telah membawa berbagai perubahan positif kepada bola sepak Kelantan dan Malaysia tetapi kelainan idea yang tidak sependapat dengan orang besar FAM telah menyebabkan beliau dihumban dari arena bola sepak Malaysia. Begitulah nasib bola sepak Malaysia sama juga yang sedang dialami oleh TMJ kerana melawan arus tetapi keberanian akan pasti membawa JDT ke level berbeza.

Sebagai peminat setiap pasukan JDT entri ini akan memberi informasi terkini jadual semua perlawan JDT sepanjang musim 2015 dan keputusan secara live. Untuk peminat bola sepak Malaysia boleh klik jadual dan keputusan Liga Super Malaysia untuk mengetahui update terkini dan kepada peminat BPL pulak boleh klik Jadual dan Keputusan BPL 2015.

Jadual dan Keputusan Perlawanan JDT 2015

Football results provided by whatsthescore.com

PENGURUSAN PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI JOHOR (PBSNJ)

  1. Presiden : Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ)
  2. Pengurus  : Bojan Hodak
  3. Penolong Pengurus : Datuk Haji Abdul Latif
  4. Ketua Jurulatih : Bojan Hodak
  5. Penolong Jurulatih I  : Rajko Magic
  6. Penolong Jurulatih II : Ismail Ibrahim
  7. Jurulatih Penjaga Gol : Angel Lazano Zorita
  8. Jurulatih kecergasan : Antonia Sisic
  9. Jurulatih Fisioterapi I : Mohamad Syafiq Zakaria
  10. Jurulatih Fisoterapi II : Mohd Rafiq Mohad Yusof

gambar pasukan JDT 2015

Senarai Pemain JDT 2015

Penjaga gol

  1. Mohd Farizal Marlias
  2. Muhammad Al-Hafiz Hamzah
  3. Mohd Izham Tarmizi

Pertahanan

  1. Marcos Antonio Elias Santos
  2. Aidil Zafuan Abdul Radzak
  3. Mahali Jasuli
  4. Asraruddin Putra Omar
  5. Mohamad Fandi Othman
  6. Mohd Fadhli Mohd Shas
  7. Mohamad Amer Saidin
  8. Mohd Daudsu Jamaluddin

Barisan tengah

  1. Hariss Harun
  2. Jasazrin Jamaluddin
  3. Junior Eldstàl
  4. Kunalan Subramaniam
  5. Mohd Safiq Rahim
  6. Gary Steven Robbat
  7. Suppiah Chanturu
  8. Amirul Hadi Zainal
  9. Mohd Shakir Shaari
  10. Nazrin Nawi

Penyerang

  1. Luciano Figueroa
  2. Jorge Pereyra Diaz
  3. Amri Yahyah
  4. Mohd Safee Mohd Sali

Pemain Import JDT 2015

  1. Luciano Figueroa
  2. Jorge Pereyra Diaz
  3. Hariss Harun
  4. Marcos Antonio Elias Santos

Boleh dapat semua berita terkini Pasukan JDT di Facebook Johore Southern Tiger.

CikguNorazimah

CikguNorazimah


CN & Irfan berkuning

Posted: 25 Feb 2015 05:58 AM PST

irfan hensem
CN tak berapa suka kaler kuning. Tapi disebabkan kaler kuning, menjadikan muka CN berseri-seri, jadi CN pun pakailah tudung kaler kuning sikit ! Boleh gituw ?? Ahaks ~~


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Mesyuarat Agung PIBG SMKTPG 2015

Posted: 24 Feb 2015 04:05 PM PST

mesyuarat agung PIBG

Kepada ibu bapa/penjaga anak-anak yang bersekolah di SMKTPG, jangan lupa datang beramai-ramai ke Mesyuarat Agung PIBG SMKTPG kali ke - 35 !

Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat, marilah kita bersama-sama  berganding bahu untuk kecemerlangan SMKTPG. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Tuesday, February 24, 2015

CikguNorazimah

CikguNorazimah


Ber 'i-Think' di luar kelas

Posted: 24 Feb 2015 12:00 PM PST

peta ithink

Ber 'i-Think' di luar kelas adalah satu aktiviti pdp yang menarik. Paling best, di tapak perhimpunan sekolah CN adalah lukisan mural tentang i-Think. Dah la dekat situ ada kipas,memang selesa la student sambil belajar sambil menikmati udara luar. 

Kali ini CN membawa kelas 3K ke tapak perhimpunan untuk membuat peta i-Think berdasarkan 4 topik dalam Geografi yang telah mereka pelajari. Sambil mengulangkaji untuk Ujian Bulanan 1, sambil mereka aplikasikan 8 peta pemikiran i-Think. Mereka boleh melihat contoh pada lukisan mural yang menarik di dinding. Alhamdulilah, pelajar dapat membina peta i-Think masing2. Mereka pun enjoy dapat belajar di luar, yela, kalau dalam kelas je memang bosan kan? 

Siapa kata belajar Geografi tak best?? Hehe
Lazada Malaysia

peta ithink

peta ithink

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Rehat sebentar dengan selfie

Posted: 23 Feb 2015 05:16 PM PST

cikgu cantik
Rehat sebentar dengan selfie

Minggu ni CN busy sangat dengan persiapan untuk Mesyuarat Agung PIBG. Memang banyak benda yang kena settle. Lagi2 nak siapkan buku program ni...fuh! Bila penat dengan kerja, meh kita berselfie sebentar sambil dengar lagu Shake it off by Tailor Swift
 Katakan tidak untuk stress ! Weee


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Monday, February 23, 2015

CikguNorazimah

CikguNorazimah


Katakan TIDAK untuk migrain !

Posted: 23 Feb 2015 07:42 AM PST

Katakan TIDAK untuk migrain !

CN mengalami migrain sejak dari zaman anak dara di UNIMAS lagi. Memang seksa sakit kepala sampai muntah-muntah. Tapi alhamdulillah, sejak consume B-Complex Shaklee & Ostematrix sejak tahun lepas, dah kurang migrain CN. Kalau sakit kepala, mmg CN terus amik B-Complex Shaklee. Lepas tu memang rasa lega. No more panadol tau ! Vitamin Shaklee ni semuanya organik yer. Gabungan 2 vitamin ni memang sesuaaiiiiii !

B-Complex : Vitamin B2 dan B6 terbukti membantu kurangkan migrain
Ostematrix : Magnesium dalam ostemartrix membantu kurangkan migrain dan frekuensinya


Katakan TIDAK untuk MIGRAIN !

===========================================================================================

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / konsultasi / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi CN seperti di bawah:

Email: norazimah15@gmail.com
 SMS/whatsapp : 017-4992305

===========================================================================================

TESTIMONI VITAMIN B COMPLEX


TESTIMONI VITAMIN B COMPLEX

===========================================================================================

TESTIMONI VITAMIN B COMPLEX

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

1st Giveaway

Posted: 23 Feb 2015 12:41 AM PST

Klik banner untuk join

Jom support rakan blogger, kita join ramai2 yer

Pemenang akan dipilih secara RANDOM.....dan akan menerima hadiah berupa KINETIC SAND.  
Boleh la bagi anak-anak uolls main pasir...tak perlu risau berkudis hehe....eh!mak ayah nak main pun boleh juga, kot la main kecik tak dapat main pasir sebab kena marah ngan mak pak kan, boleh la lepaskan gian :-P

Pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

KasutKaca15 GA : Chiffon Shawl

Posted: 23 Feb 2015 12:38 AM PST


Klik banner untuk join

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

Posted: 23 Feb 2015 12:08 AM PST




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!

Segmen : blogwalking bersama ayuinsyirah

Posted: 23 Feb 2015 12:06 AM PST


Klik banner untuk join

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com

Posted: 22 Feb 2015 11:58 PM PST


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Selamat kembali bekerja

Posted: 22 Feb 2015 06:10 PM PST

cikgu cantik

Selamat kembali bertugas setelah berseronok bercuti sempena CNY ! Mood bekerja kembalilah....banyak keje nak kena setle ni..huhu


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~