Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Jadual dan Keputusan English FA Cup 2014/15 Posted: 06 Jan 2015 02:44 AM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada peminat bola sepak pasti mengakui bahawa persaingan BPL musim ini memang rancak dan menarik. Pada awal musim kelihatan Chelsea begitu kukuh bagai tidak boleh ditewaskan tetapi menjelang pertengahan musim suasana berubah apabila Chelsea juga seperti pasukan lain yang boleh ditewaskan. Kedudukan terkini BPL musim 2014/15 sentiasa berubah pada setiap perlawanan kerana perbezaan mata sangat rapat. Begitulah bola sepak tiada yang akan kekal kuat sentiasa kerana pemain adalah manusia yang pasti tidak dapat mengekalkan prestasi apabila bermain dalam musim yang panjang. Persaingan Capital One Cup musim 2014/15 juga sangat sengit. Pasukan besar seperti Manchester United, Manchester City dan Arsenal terkeluar awal daripada persaingan. Arsenal telah terkenal lebih awal setelah tewas kepada Chelsea. Sheffield United menjadi satu-satu pasukan bukan BPL yang layak kepusingan seterusnya. Persaingan English League Cup akan bersambung pada 21/1 dan 22/1. Mungkinkah akan berlaku kejutan? Champions League sudah masuk ke pusingan kalah mati. Liverpool gagal meneruskan perjuangan mengiringi Arsenal, Chelsea dan Manchester English FA Cup juga bakal menjadi persaingan yang hebat. Sehingga tamat pusingan ke 3 belum ada lagi pasukan besar yang tewas dengan kelab division rendah. Jika musim lepas Arsenal menjulang piala FA Cup setelah bertahun ketandusan. Jadual FA Cup 2014/15 Waktu Malaysia Agaknya musim ini pasukan mana yang bakal menjadi juala FA Cup 2014/15? |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment