Friday, January 16, 2015

CikguNorazimah

CikguNorazimah


Orang kaya vs Orang susah

Posted: 16 Jan 2015 12:00 PM PST

Orang kaya vs Orang susah

Minda Orang Kaya VS Orang Susah 

Mulakan langkah pertama bagaimana untuk menjadi seorang JUTAWAN BERIMAN KAYA & BERJAYA . Kita yang tentukan siapa diri kita.


1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"  vs  Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"

2: Orang kaya berbisnes untuk menang  vs  Orang susah berbisnes supaya tak rugi.

3: Orang kaya komited untuk jadi kaya  vs  Orang susah hanya nak kaya.

4: Orang kaya berfikiran luas & jauh  vs  Orang susah berfikiran sempit.

5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang  vs  Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.

6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang KAYA & BERJAYA  vs  Orang susah benci dan dengki kepada orang KAYA & BERJAYA.

7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya  vs  Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.

8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes  vs  Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah  vs  Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.

10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru  vs  Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.

11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil  vs  Orang susah memilih dibayar melalui masa.

12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya  vs  Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

13: Orang kaya bertindak walaupun takut  vs  Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

14: Orang kaya pandai uruskan kewangan  vs  Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.


" Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah ), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat ) kepada Allah, maka Allah cukuplah untuknya (bagi menolong dan menyelamatkannya).Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah tetap pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
Surah At-Thalaq : Ayat 2-3


Sumber : SINI

~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~

Tenang itu terletak pada ....

Posted: 16 Jan 2015 12:00 AM PST

Tenang itu terletak pada ....

Tenang itu terletak pada keredhaan kita pada apa sahaja ketentuan Allah.
Sukar.
Tapi itulah maharnya..


~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~

No comments:

Post a Comment