CikguNorazimah |
Posted: 17 Jan 2015 12:00 PM PST Dalam entry SINI, CN telah berkongsi tentang 27 Panduan Menjadi Guru Abad ke 21. Kali ini, CN berkongsi dengan anda apakah itu Pendidikan Abad ke 21. Sehingga hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia dan Warga Pendidikan acap kali menyebut tentang Pendidikan Abad Ke-21. Dasar Global langit terbuka di abad ini menjadikan Malaysia mengalami kemajuan yang dramatik dalam bidang Teknologi dan Penyebaran Maklumat. Namun, untuk menjelaskan Ciri-Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, ia lebih dari sekadar anjakan paradigma proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PdP oleh guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber. Sama ada yang berasaskan teknologi maklumat atau komunikasi (ICT) untuk menghasilkan PdP yang berkesan dan menarik. Kementerian Pendidikan Malaysia KPM memikul bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan agar Malaysia mampu bersaing bersama negara-negara maju di seluruh dunia. Kemahiran Abad ke-21, Ciri Pembelajaran dan Garis Panduan Pembelajaran Abad ke-21 semuanya terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah dilancarkan tidak lama dahulu. Memastikan keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar prasarana dan Susun Atur Bilik Darjah Alaf ke 21 yang perlu dipersiapkan. Penentu utama kejayaan, warga pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan Kemahiran Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar-dasar yang dirancang oleh Kerajaan. Sumber : SINI ~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~ |
Posted: 17 Jan 2015 12:00 AM PST |
You are subscribed to email updates from CikguNorazimah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment