Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2014 Posted: 25 Jan 2015 07:25 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam pindahkan abang dari Madrasah Arabiah Kluang ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam atas permintaan untuk menyambung STAM. Selagi anak belajar kami sebagai keluarga akan sentiasa menyokong kerana berapa ramai anak-anak Melayu yang sudah putus asa untuk menyambung pelajaran pada usia muda. 28 Januari 2015 akan terjawab segala pengorbanan selama setahun. Di SAMTTAJ jugalah kali pertama aku bertemu dengan insan hebat penderma hati, bro ensem Ahmah Khariri penulis 19 episod kisah beliau menderma hati. Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2014 akan diumumkan keluar pada Rabu 28 Januari 2015. Turut dimaklumkan juga bahawa tiada applikasi semakan secara online tersedia namun keputusan STAM hanya boleh diperoleh menerusi sekolah masing-masing atau semakan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Semakan Keputusan STAM 2014 Menerusi Sekolah Calon boleh mendapatkan keputusan STAM 2014 menerusi sekolah pada 28 Januari 2015 bermula pada pukul 10.00 pagi. Pastikan pelajar datang ke sekolah dengan pakaian kemas bukan seperti nak pergi ke parti rock dan jangan lupa bawa kad pengenalan. Semakan Keputusan STAM 2014 SMS Taip STAM <jarak> AngkaGiliran dan SMS ke 15888 Semuga anak-anak calon STAM 2014 mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada yang gagal jangan sesekali putus asa kerana sekali gagal bukan bermakna berakhir segalanya. Cuba lagi dan cuba lagi kerana semua insan hebat berjaya telah gagal berkali-kali. Kegagalan adalah guru yang terbaik kepada mereka yang bersabar. Terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang telah mendidik anak bangsa kerana belum tentu ibu bapa di rumah dapat mendidik anak sendiri mengikut acuan Islam yang betul. Semuga anak-anak ini bakal menjadi insan yang akan memberi manafaat kepada seluruh alam. Sponsor Ads Tips Kerjaya untuk adik-adik yang baru dapat keputusan STAM 2014 Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya samada kerajaan atau swasta! Klik Sini Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini Rahsia main Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini Tarikh-tarikh penting sesi akademik 2015/2016
|
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment