Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
1 Komen untuk RM1 kepada mangsa banjir Posted: 04 Jan 2015 10:12 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita semua sedia maklum mengenai bencana banjir yang menimpa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Ramai yang kehilangan harta benda dan pelbagai lagi. Sebagai salah satu langkah untuk membantu semua mangsa banjir. Setiap komen yang ditulis di denaihati.com bermula 27 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015. Kami akan menilaikan setiap komen itu dengan nilaian 1komen = RM1. Semua sumbangan akan kami salurkan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Misi Bantuan Banjir Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diketuai Dato’ Syed Zainal ex-CEO Proton. Bersama-sama kita membantu mereka yang ditimba ujian berat daripada Allah s.w.t ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini, akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang mereka terima.
Berikut adalah jumlah komen terkumpul setakat ini. 1421 komen = RM1421.00 Disamping itu, sama-sama kita doakan semua urusan untuk membantu mangsa bencana besar kali ini berjalan lancar. Tiada daya kita sebagai manusia di dunia ini, hanya dengan bantuan daripada Ilahi kita akan dapat melaksanakan segalanya. Denaihati Network juga ada mengadakan Program Wakaf Al Quran Tafsir untuk mangsa banjir, butiran lanjut di halaman http://denaihati.com/QuranWakaf |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment