Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Sumbangan untuk Pertubuhan Nur Kasih Posted: 09 Dec 2014 04:21 AM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru Yayasan Warisan Ummah Ikhlas telah menjemput aku untuk bertemu dengan dengan rakan-rakan sinergi Rumah Ngaji. Antara objektif Rumah Ngaji ialah untuk memberikan kelas percuma agar masyarakat celik Al-Quran dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat tajwid. Salah satu rakan Rumah Ngaji adalah Pertubuhan Nur Kasih Klang yang menguruskan rumah untuk anak-anak yatim dan miskin. Mereka memerlukan bantuan jom kita sama-sama memberi semampu yang boleh. Assalamualaikum para penyumbang yg dirahmati Allah…sempena sesi persekolahan 2015 kami dari pihak pengurusan Pertubuhan Nur Kasih ingin memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan agar dapat sama-sama membantu kami menyiapkan keperluan persekolahan anak-anak. Diantaranya :
Setelah mengira kos utk seorng pelajar secara purata kami memerlukan RM 200.00 utk seorang pelajar dan RM10,000.00 utk 50 orang pelajar. Justeru kami menyeru kepada mereka yg prihatin dengan masalah pendidikan anak-anak yatim dan miskin ini untuk menyumbang demi masa depan anak-anak ini. Sumbngan boleh dimasukkan ke akaun :
Sebarang pertanyaan boleh hubungi admin whastapp @ telegram 013 2749573 dan Facebook Pertubuhan Nur Kasih. Moga Allah memberkati kehidupan kita di masa akan datang kerana kita ambil peduli kehidupan mereka yang amat memerlukan ini. Aaaminnn. Tolong share melalui whatsApp, telegram, email, FB atau apa saja media sosial yg ada…bantu lah anak-anak yatim dan miskin moga ia jadi pencen kubur untuk kita di SANA nanti. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment