Sunday, December 28, 2014

CikguNorazimah

CikguNorazimah


Susah & Senang Tetap Bersama !

Posted: 28 Dec 2014 12:00 PM PST

Susah & Senang Tetap Bersama !

"Bahagianya perhubungan bukanlah kerana sempurnanya percintaan. 
Tetapi kerana kita tetap dalam susah & senang ! "


InsyaAllah, tetap bersama menyokong Encik Suami ketika susah dan senang..
Kita manusia sering diuji dengan pelbagai ujian dalam perhubungan. Apa yang penting, redha dan berusaha untuk mengharungi dugaan tersebut..


p/s : Mood stress tapi cuba positive..InsyaAllah..


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Revolusi Cikgu Norazimah

Posted: 28 Dec 2014 12:00 AM PST


Revolusi Cikgu Norazimah

Alhamdulillah ! Dalam tak sedar, dah 5 tahun CN dalam Dunia Pendidikan di Malaysia. Harini 28/12/2014, genaplah 5 tahun CN bergelar seorang pendidik. CN mula posting pada 28/12/2009. Agak lambat untuk posting berbanding rakan2 coursemate kerana masalah tertentu. Walau bagaimanapun, CN bangga & seronok menjadi seorang guru. 

Dalam tempoh 5 tahun berkhidmat ni, CN wajib menjadi guru kelas. Jom berthrowback bersama CN dengan gambar kenangan CN bersama ex-students sebagai guru kelas merangkap mama dorang !

2010 : 2A di SMK St Mary

2010 : 2A di SMK St Mary
# Bebudak ni dah habis sekolah pun, kebanyakan mereka sambung belajar di IPTA/IPTS. 

2011 : 2T di SMK St Mary

2011 : 2T di SMK St Mary
# Bebudak ni baru habis SPM 2014. Anak2 CN iaitu Tharanee, Veloney & Sharmila masih lagi tidak lupa untuk wish birthday CN dan Irfan every year tau ! 

2012 : 2A di SMK St Mary

2012 : 2A di SMK St Mary
# Kelas paling menyenangkan hidup CN sebab masa jadi mama dorang, CN preggykan si Irfan. Bebudak ni sangat independent dan sentiasa buat CN ceria sebab dorang cakap, CN kan preggy, tak leh marah2 ! Hehehe

2013 : 1R di SMK St Mary

2013 : 1R di SMK St Mary
# First time CN menjadi guru kelas form 1. Sangat2 mencabar dengan kerenah budak2 yang manja ni. Tapi dorang sangat comey ;)

2014 : 3KRK1 di SMK Telok Panglima Garang

2014 : 3KRK1 di SMK Telok Panglima Garang
# First time juga CN menjadi guru kelas form 3. Tapi sangat enjoy sebab bebudak ni independent dan boleh diharap. Sampaikan trip ke Ipoh pun, dorang yang handle semua. Sayang bebudak ni !



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

No comments:

Post a Comment