CikguNorazimah |
Sumber protein CN adalah ESP ! Posted: 27 Dec 2014 02:58 AM PST ESP adalah sumber PROTEIN CN ! Apabila anda sedang berdiet, jangan lupa sumber protein iaitu ESP untuk memastikan otot yang dibina cantik terletak dan bukannya menggeleber..hehehe =========================================================================================== Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / konsultasi / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi CN seperti di bawah: SMS/whatsapp : 017-4992305 E-SELL : Beli secara online disini =========================================================================================== ~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~ |
Posted: 27 Dec 2014 12:00 AM PST Dah lama CN teringin nak buat Apam Susu Gebu ni. Geram jer tengok kawan2 duk upload gambo Apam Susu Gebu yang cantik dan awesome dekat fb. Tengah bercuti ni, inilah masa yang sesuai untuk menguji bakat masakan yang terpendam. Hehehe Seperti biasa, dengan bantuan Cik Zaty yang cute, bertungkus-lumus la kitorang menyediakan Apam Susu Gebu untuk keluarga tersayang. Bahan-bahan untuk Apam Susu Gebu ni sangatlah simple dan cara penyediaan sangat mudah ! Meh CN share Resepi Apam Susu Gebu untuk pembaca tersayang. Resepi Apam Susu Gebu Bahan-bahan : 4 biji telur 1 sudu besar esen vanila 1 sudu besar ovellete 3/4 cawan gula halus 5 sudu besar susu pekat 1 1/2 cawan tepung gandum Cara-cara penyediaan : Blend telur, esen vanila, ovellete dan gula sehingga kembang, gebu dan putih. Kemudian masukkan susu pekat ke dalam blender dan blend lagi. Kemudian masukkan tepung dan kacau rata. bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ikut suka hati anda. Masukkan bahagian berwarna tadi ke dalam acuan ikut kreativiti anda. Kemudian kukus selama 45 minit sehingga masak. Selamat mencuba ! Apam Susu Gebu sebelum di kukus.. menggoda tak? Bila dah potong, hah ! Cantik tak? Berbelang gituuw..sedap dan gebu tau ! ~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~ |
You are subscribed to email updates from CikguNorazimah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment