Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Salah Faham Terhadap Pensyariatan Jihad Posted: 20 Dec 2014 06:16 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia. Jihad dalam konteks Islam bermaksud berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar Mujahid. Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan Ad-Din (agama) Allah dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan Al-Quran. Sebahagian umat Islam beranggapan bahawa jihad hanya disyariatkan selepas Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah ke Madinah. Sebelum itu, umat Islam tidak mengenali istilah jihad dan hukumnya. Padahal kenyataannya bukanlah begitu. Ini kerana terdapat ayat al-Quran yang diturunkan pada zaman Mekah yang menyuruh nabi agar berjihad. Ayat ini ialah dalam surah Al-Furqan ayat 52. Allah berfirman yang bermaksud:
Dalam kehidupan kita sebagai umat Islam, tidak lari dalam perkara yang membabitkan jihad. Samada jihad untuk diri sendiri, keluarga, komuniti mahupun jihad bisnes. Kali ini, peluang untuk anda semua pelajari apa itu Jihad. Tinggal kurang dari 7 hari menghampiri Seminar Fiqh Jihad yang menampilkan tokoh ternama dalam merungkai permasalahan dan salah faham mengenai prinsip dan amalan sebenar jihad. Kesemua aktivis masyarakat, ahli akademik, pengkaji, penyelidik, anggota keselamatan, pelajar dan masyarakat awam dijemput bagi menghadiri program ini yang kemudian menjadi agen menyampaikan manfaat ilmu kepada akar umbi. Kerana di AIM, kita percaya bahawa memajukan masyarakat harus dimobilisasi oleh wisdom dan knowledge. Atas semangat memahami Islam sebagai agama Rahmatan Lil ‘Alamin dan demi menghayati usaha keamanan sejagat, kali ini Akademi Intelektual Muda (AIM) membawakan : Seminar Fiqh Jihad dengan ini menampilkan : Ucaptama dari SS. Syeikh Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, (Mufti Wilayah Persekutuan) bersama panel pembentang : 1. Dr. Muhamad Razak Idris (UKM) 2. Ustaz Fauwaz Fadzil (MURSHID) 3. Ustaz Ahmad El-Muhammady (UIAM)
*Yuran termasuk pakej makanan, kertas pembentangan, dan Majalah i. Daftar sekarang! Tempat adalah terhad! Daftar sekarang di : http://bit.ly/seminarfiqhjihad |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment