Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Posted: 06 Dec 2014 08:00 PM PST Assalamaulaikum dan Salam 1Dunia, betullah dunia sudah dipenghujungnya rasanya baru semalam berselfie dengan Datuk Roslan Hamid sahabat seperjuangan ketika belajar di UKM di Big Bad Wolf 2013. Big Bad Wolf 2014 datang lagi dengan kapasiti yang lebih besar. Kepada yang tak tahu apa itu Big Bad Wolf jangan risau ini bukan kisah manusia bertukar menjadi serigala jadian apabila bulan mengambang atau drakula mencari mangsa tetapi pameran buku terbesar di Malaysia. Big Bad Wolf 2014 adalah pameran buku yang menghidangkan sebanyak 3.5 juta buku berbagai judul dengan diskaun sehingga 75 – 95% bermula pada jam 7 am, 5/12/2014 tanpa henti selama 278 jam siang dan malam yang akan berakhir pada 9 pm 16/12/2014. Lokasi Big Bad Wolf 2014 hanya beberapa minit sahaja dari rumah aku iaitu di MIECC The Mines. Kepada yang tak pernah sampai MIECC The Mines hanya 20 minit dari Bandaraya Kuala Lumpur dan 30 minit dari KLIA (kalau tak jem lah). Kepada yang menaiki kendaraan umum boleh menaiki Komuter berhenti di Stesen Serdang atau naik bus Metrobus no 8, 22 atau 68 atau bus RapidKL U41. Kepada yang menaiki kenderaan kali ini lebih banyak tempat parkir di luar bagunan hanya perlu ikut arahan. Membaca adalah gerbang ilmu untuk memacu perubahan kita ketahap yang lebih baik. Jangan lepaskan peluang untuk menjengah Big Bad Wolf 2014 dan sebaiknya jangan datang hujung minggu kerasa kesesakannya tersangat hebat. Tahun lepas aku datang selepas jam 12 am itu pun masih ramai lagi peminat buku. Tips paling penting nak shopping di Big Bad Wolf 2014 adalah membawa beg beroda supaya tidak rebeh lengan membawa berpuluh buku yang dibeli. Diskaun buku terhebat ini menerima bayaran secara tunai atau kad debit atau kad kredit. Semuga kali ini bertemu lagi kawan-kawan kaki baca di Big Bad Wolf 2014. Kepada yang nak singgah Big Bad Wolf 2014 jangan lupa PM aku mana tahu ada peluang kita mengopi. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment