CikguNorazimah |
#ProjekCutiSekolah : Handbag homemade Posted: 10 Dec 2014 12:00 AM PST #ProjekCutiSekolah : Handbag homemade Hah ! Bosan duduk dirumah tiada aktiviti menarik? Meh kita ramai2 buat handbag homemade ni...kelas gituwww ! Dah tak payah nak beli beg baru bukak sekolah nanti..kretif sungguh ler mereka yang buat benda ni ;) Sumber : SINI ~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~ |
Abaikan mereka yang bersikap negatif ! Posted: 09 Dec 2014 01:50 AM PST Abaikan mereka yang bersikap negatif, ianya boleh berjangkit ! Setuju sangat ! Diri kita dipengaruhi oleh orang sekeliling. Jika kita dikelilingi orang yang bersifat positif, InsyaAllah, kita juga akan bersifat positif. Perkara yang sama berlaku di tempat kerja. Kebiasaan kita akan melihat golongan yang berjaya dikelilingi oleh orang yang berjaya juga. Golongan yang suka dengki akan orang lain, kawan2 nya juga mempunyai minat yang sama iaitu dengki dengan kejayaan orang lain. Bagaimana mengatasi orang yang sentiasa negatif ni? Cuba elakkan diri ! Itu langkah terbaik. Kadang2 pening gak kepala dengar luahan rakan yang asyik berfikiran negatif jer. Semua orang buat salah, dia sorang yang betul ! Cubalah elakkan diri darinya. CN kadang2 buat2 sibuk dengan laptop bila orang tu datang, tak pun, buat2 on call then pergi darinya. Serius, orang yang macam ni merupakan virus yang sangat bahaya ! Ingatlah, diri yang positif akan menghasilkan aura yang positif pada wajah dan dirinya. Jadilah seorang yang positif ... ~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~ |
Posted: 09 Dec 2014 12:00 AM PST Senaman Otak Tugas harian yang sibuk menyebabkan kita sering berasa letih, lesu dan stress kerana otak bekerja dengan ligatnya. Lagi-lagi tugas seorang guru yang memerlukan penggunaan otak yang maksimum ! Seperti anggota badan yang lain, otak juga perlu bersenam untuk mengekalkan kecerdasan dan berfungsi dengan lebih baik. Bagaimanakah caranya senaman otak ini? Amat mudah ! Sediakan sehelai kertas dan 2 batang pen hitam dan biru. Pegang pen hitam dengan tangan kanan dan pen biru dengan tangan kiri. Conteng kertas dengan menggunakan kedua-dua tangan pada masa yang sama selama 3 minit. Apa yang anda rasa? Percayalah selepas melakukan senaman otak ini, anda akan berasa tenang dan boleh kembali fokus kepada kerja. Sakit kepala akibat stress juga akan beransur hilang. Selamat mencuba ! ~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~ ![]() |
You are subscribed to email updates from CikguNorazimah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment