Thursday, November 6, 2014

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi


Pengalaman kena buli di sekolah

Posted: 06 Nov 2014 02:30 AM PST

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca kisah lapan pelajar asrama digantung sekolah kerana membuli pelajar lain. Kisah buli di sekolah bukan kisah baru sudah berkurun menjadi budaya sekolah biasa dan asrama. Sekarang lebih mendapat perhatian kerana dikongsikan di media sosial melalui rakaman video telefon pintar dan cctv. Majoriti pelajar ada pengalaman dibuli bezanya sikit atau banyak sahaja.

Teringat dulu ketika bersekolah di sebuah sekolah di Kluang Johor pernah juga dibuli dengan senior. Bila hujung minggu memang akan jadi mangsa mencuci pakaian atau basuh kasut senior. Pernah juga dipanggil ke bilik senior jadi tukang urut bila berhenti mengurut sebab kepenatan pasti kena marah. Abang senior suruh bawa makanan dari dewan makan dan beli mee segera di kedai koperasi itu perkara biasa. Kekadang terpaksa jadi bibik cuci bilik dan kemas katil senior.

gambar pelajar kena buli

Paling aku tak lupa apabila diminta duduk dalam almari sambil menyanyi ikut siaran radio yang dikehendaki oleh senior. Dah lah suara tak sedap bila tak dapat nyanyi lagu yang diminta apa lagi kena jerkahlah. Tapi tak pernah pulak kena buli terlalu extreme seperti kena pukul sehingga patah rusuk. Masih ingat nama abang-abang senior yang membuli aku dan sebahagian sudah jadi nama besar terkenal satu Malaysia. Masa kena buli memang ada perasaan marah dan dendam tapi bila sudah jadi senior baru tahu kenapa jadi macam itu.

kes buli di sekolah

Budaya membuli ada buruk dan baiknya. Kalau setakat kena basuh baju, basuh kasut, ambil makanan, belikan mee segera, mencuci bilik dan sebagainya bukanlah buli yang extreme tetapi lebih aktiviti suka-suka mengusik adik-adik junior yang akhirnya menjadi kawan. Budaya akan berulang setiap kali ada pelajar baru masuk dan yang junior menjadi senior.

Inginkan Anak Menjadi Cemerlang? Klik Disini!

Zaman sudah berubah anak-anak menjadi lebih agresif dengan acara membuli yang lebih kejam sehingga bukan sekadar patah riuk tetapi ada mangsa yang meninggal dunia. Buli bukan lagi menjadi budaya asrama untuk aktiviti usik mengusik tetapi sudah menjadi dendam kesumat ala gengster. Tapi mereka yang ganas ini lupa teknologi sudah berubah sehingga ramai yang terkantoi apabila aksi ganas pembuli dirakam menggunakan telefon pintar atau cctv yang akhirnya menjadi viral di sosial media. Menonton video ganas pembuli ini kita pun jadi marah. Semuga pelajar-pelajar ganas ini dapat hukum sebagai pengajaran kepada yang lain.

Aku yakin pembuli yang ganas ini mempunyai masalah keluarga yang kronik. Seperti kata Prof Muhaya, anak-anak adalah cermin keperibadian ibu bapa. Kekadang pemimpim politik juga menjadi contoh tidak baik apabila menggalakkan pelajar menjadi ganas hanya kerana sebuah perjuangan. Semuga ALLAH pelihara anak-anak kita dari menjadi ganas dan kejam sebaliknya menjadi Anak Yang Soleh yang sentiasa menyejukkan hati ibu bapa.

No comments:

Post a Comment