Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
iPhone 6 dan 6 Plus Malaysia 6 November Posted: 03 Nov 2014 08:32 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjelang 6 November maka berakhirlah pesta penjual-penjual iPhone 6 dan iPhone 6 Plus yang telah meraih keuntungan berlipat kali ganda. Penjual iPhone 6 dan iPhone 6 Plus di merata Malaysia menjual dengan harga berlipat kali ganda kepada peminat iPhone yang tidak sabar menunggu pelancaran rasmi iPhone 6 Malaysia pada 6 November 2014 berdasar berita di portal Asamboi.my. Harga mahal boleh tahan lagi tapi jangan sampai menipu seperti di Sim Lim Square Singapore dengan mengenakan berbagai bayaran yang tak masuk akal. Pengguna setia iPhone memang tidak kisah dikutuk hebat oleh geng Android sebab itu mereka sanggup beratur panjang untuk menjadi yang pertama memiliki gajet impian. Ramai pengguna iPhone bukan mereka yang mahir dengan selok belok smartphone jadi menggunakan sistem iOS yang kurang masalah sangat membantu. Susah juga kepada yang tidak mahir kalau telefon pintar mereka sering sahaja ada masalah seperti cepat panas, loading terlalu lama dan selalu hang. Aku tak kisah dengan bentuk iPhone 6 walaupun ramai yang mengkritik katanya hampir sama dengan telefon pintar Samsung. Peminat setia iPhone bukan membeli gajet kerana reka bentuk tetapi kerana sistem operasi yang baik kerana itu percubaan Apple memperkenalkan iPhone 5c berbagai warna kurang berjaya. Mengguna iPhone 6 bukan sekadar nak bergaya tunjuk kaya tetapi menggunakan teknologi untuk membantu memudahkan kehidupan. Teknologi baru iOS 8 yang digunakan oleh iPhone 6 juga mampu menampah pendapatan kalau tahu cara menggunakannya seperti yang tahu buat duit online dengan blog. Nak tahu ke? Di Malaysia, iPhone 6 akan dijual pada harga RM2399 untuk versi 16GB, RM2749 untuk 64GB, dan juga RM3149 untuk versi 128GB. Sementara untuk iPhone 6 Plus pula, ia akan dijual pada harga bermula RM2749 untuk 16GB, RM3149 untuk 64GB, dan juga RM3549 untuk 128GB. Maxis telah membuka tempahan awal iPhone 6 dan iPhone 6 Plus bermula 31 Oktober dan DiGi juga telah membuka tempahan awal kepada pelanggan mereka. Kepada pelanggan Maxis dan DiGi bolehlah klik link tersebut untuk mendapat pakej istimewa. Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus Malaysia
Kepada yang belum tahu kehebatan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus boleh baca di entri “iPhone 6 dan iPhone 6 Plus produk terbaru Apple“. Anda peminat Apple yang hendak membeli iPhone 6 dengan rebet RM200? Jangan lepaskan peluang untuk membelinya hanya di Lazada Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment