Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Kelas Buat Blog Kota Kinabalu bersama Akademi Denaihati Posted: 16 Nov 2014 07:08 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah pada 15 dan 16 November yang lalu, kelas WordPress Essentials dan kelas Master Class telah berjaya dianjurkan. Semua peserta nampaknya bersemangat untuk mencuba tips dan info yang diperolehi daripada kelas. Pada 29 dan 30 November ini, pihak Akademi Denaihati akan pergi ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menganjurkan seminar buat blog juga. Seminar yang dibahagian kepada dua jenis iaitu kelas asas buat blog (WordPess Essentials) yang akan diadakan pada 29 November manakala kelas lanjutan pengguna WordPress (WordPress Master Class) akan diadakan pada 30 November. Kelas asas buat blog – WordPress EssentialsDalam kelas ini, anda akan belajar bagaimana cara untuk memasang WordPress dalam hosting, penulisan artikel pertama, bagaimana untuk menggunakan gambar, video dan audio dalam penulisan, teknik optimasi enjin carian (SEO) peringkat asas, strategi pemasaran blog, kaedah pemilihan domain yang sesuai dan beberapa info lagi mengenai pengurusan awal blog. Kelas ini akan diadakan di Kota Kinabalu pada Sabtu, 29 November 2014, bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Siapa yang sesuai untuk menghadiri kelas asas buat blog ini?
Ini peluang untuk anda belajar bagaimana membina blog secara teratur. Daftar sekarang di pautan berikut: http://akademi.denaihati.my/WPKK Kelas lanjutan – WordPress Master ClassKelas lanjutan ini atau diberi nama WordPress Master Class adalah kelas untuk individu yang telah menggunakan WordPress. Perkongsian dalam kelas ini lebih mendalam dan kurang sesuai untuk mereka yang baru ingin belajar mengenai blog. Antara perkara yang akan dikongsikan adalah bagaimana membuat selenggaraan WordPress (melibatkan fail, database dan keselamatan), teknik optimasi laman WordPress, pengurusan WordPress, SEO peringkat lanjutan, strategi blogging dan beberapa lagi info yang berguna untuk pengurusan blog WordPress. Seperti kelas WordPress Essentials, kelas ini akan diadakan di Kota Kinabalu pada Ahad, 30 November 2014, bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Ini peluang untuk anda meningkatkan pengetahuan dalam kendalian WordPress dan strategi SEO serta pemasaran blog yang lebih jitu. Ini julung kalinya pihak Akademi Denaihati pergi keluar dari semenanjung Malaysia untuk penganjuran kelas seperti ini. Kami mendengar keluhan ramai yang menyatakan, lokasi kelas terlalu jauh di semenanjung. Rebut peluang ini dan daftar sekarang di http://akademi.denaihati.my/WPMKK InsyaALLAH jumpa di Kota Kinabalu, Sabah hujung bulan nanti. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment