Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Menuju ke destinasi akhirat dengan Program Journey of Faith Posted: 10 Nov 2014 02:13 AM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, "Journey of Faith – A Traveller's Guide" adalah program tahunan yang dijalankan oleh Akademi iMuslim. Program ini dijalankan selama 6 hari dan para peserta kursus akan melalui proses pembelajaran secara intensif dan komprehensif. Peserta kursus akan didedahkan kepada tema dan tajuk yang berbeza sebagai subjek penting setiap tahun di mana tajuk-tajuk ini akan disampaikan semasa 6 hari berkursus bagi meningkatkan intelektual dan spiritual peserta. Inilah masanya untuk kita habiskan masa dengan ulama antarabangsa untuk belajar, berbincang, dan mendapatkan manfaat daripada kehebatan ilmu mereka sehingga bakal membuatkan kita berasa sukar untuk menamatkan program ini. Program ini juga akan membolehkan para peserta untuk membina rangkaian perhubungan dengan peserta-peserta lain yang hadir sewaktu mengambil bahagian dalam perbincangan, sewaktu sesi soal jawab dan lain-lain. Tema untuk program "Journey of Faith" pada tahun ini adalah rukun Syahadat dan prinsip-prinsip Tauhid. Dalam hadith Rasulullah salallahu'alaihi wasallam, baginda meminta umatnya untuk hidup di dunia ini sebagai pengembara; lantaran itu, kita seharusnya faham bahawasanya destinasi utama kita adalah akhirat, yang mana menjadikan Aqidah dan prinsip-prinsip Tauhid, 'panduan' kita ke destinasi akhirat. Dari Ibn Umar r.a., katanya : “Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ‘Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara.’ Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati.” (HR. Bukhari) Program ini akan dijalankan di Hotel Everly, Putrajaya pada 9 Disember hingga 14 Disember 2014. Anda semua boleh daftar di laman sesawang www.imuslim.my/jof dan di situ terdapat pelbagai maklumat lanjut mengenai program ini. Antara penceramah yang akan memberikan ilmu yang cukup bermanfaat kepada semua peserta program Journey of Faith ini adalah: Sheikh Dr Muhammad Salah Sheikh Dr Ahsan Hanif Sheikh Abdulbary Yahya Sheikh Shady Al Suleiman Ustadha Salma Shokri Sessi Tarbiyah Istimewa PendaftaranKos Pembelajaran (termasuk Penginapan + Makanan + Bahan Belajar) Bilik Seorang – RM 2,000.00 atau USD 700.00 Skim pembayaran secara Tunai, Pay Pal, Money Gram, dan Telegraphic Transfer (TT) diterima untuk pendaftaran program Journey of Faith ini. Bagi sesiapa yang ingin sertai program yang hebat selama enam hari ini, boleh hubungi: admin@imuslim.my Alamat : Laman sesawang @ media sosial |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment