Friday, November 28, 2014

CikguNorazimah

CikguNorazimah


Review : Hillcity Hotel & Condo

Posted: 28 Nov 2014 11:33 PM PST

Review : Hillcity Hotel & Condo

Hillcity Hotel & Condo 

Class trip 3KRK1 ke Ipoh tidak sempurna tanpa tempat penginapan yang selesa. Hillcity Hotel & Condo di Jalan Gopeng menjadi pilihan kami. Terletak berhadapan dengan Gua Sam Poh Tong dimana terkenal dengan tempat menjual limau bali di Ipoh dan cuma mengambil masa 3 minit dari exit Simpang Pulai. 

Hillcity Hotel & Condo menawarkan pakej penginapan yang berbaloi serendah RM88 semalam! Bilik CN siap ada bath tub lagi, kemain seronok Irfan berendam. Hotel ini terletak di atas bukit menawarkan pemandangan yang indah. Walau bagaimanapun, bilik CN mengadap belakang hotel iaitu kawasan perindustrian, tak dapat cuci mata...huhu

Bagi CN, kemudahan yang ditawarkan untuk setiap bilik agak memuaskan berpatutan dengan harganya. Pakej kami termasuk dengan breakfast. Walau bagaimanapun, pilihan menu buffet untuk breakfast agak terhad. CN paling suka kopinya. Memang ummpp! Lupa nak tanya chef situ guna kopi brand apa..hehe

Ok, jika anda berkunjung ke Ipoh/Gopeng, bolehlah menginap di Hillcity Hotel & Condo untuk bajet yang rendah dan selesa. 

Review : Hillcity Hotel & Condo
Ruang lobi yang luas sambil melepak menunggu orang

Review : Hillcity Hotel & Condo
Bilik yang selesa siap dengan bath tub lagi

Review : Hillcity Hotel & Condo
Irfan yang lincah berlari ke sana ke mari

Review : Hillcity Hotel & Condo
Ibu CN tak kalah bergaya di sisi replika bangunan hotel

Review : Hillcity Hotel & Condo

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Lazada Malaysia

No comments:

Post a Comment