Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Buat duit dengan affiliate hari-hari Posted: 21 Nov 2014 07:27 PM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita biasa dengan “untuk hidup duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit“. Sekarang nak buang air kecil dan besar pun kena bayar mahal kalau nak dapat tandas yang bersih atau bersedia untuk tutup hidung dan mata. Persaingan ekonomi semakin sengit sehingga yang tewas akan terus merungut dan menyalahkan siapa sahaja terutama Kerajaan. Kalau dulu gaji RM3000 sudah terlalu besar tetapi kini gaji seperti itu sudah termasuk dalam golongan miskin bandar yang layak mendapat BR1M. Punca rezeki ini terlalu banyak bukan setakat makan gaji dan berniaga sahaja yang penting kita MESTI sanggup keluar sedikit modal untuk belajar untuk dapat rezeki lebih dan kemudian keluarkan modal lebih banyak untuk cari ilmu yang lain. Hentikan beri alasan tiada duit untuk belajar kerana akhirnya masalah tidak akan selesai sampai bila-bila. Bijak pandai sudah beritahu pelaburan paling baik adalah untuk ILMU. Salah satu kaedah menambah rezeki yang popular di dunia adalah buat duit dengan affiliate mungkin baru di kalangan kita tetapi sudah sekian lama menjadi punca rezeki kepada mereka yang tahu. Antara platform yang paling popular di dunia adalah Clikbank yang telah melahirkan beribu jutawan online senyap. Mungkin ramai yang tidak percaya kerana tidak pernah terdedah dengan kaedah buat duit dengan affiliate. Video di SINI mungkin boleh menjadi saksi bahawa anda boleh buat duit affiliate sehingga RM1000 sebulan hanya bekerja sampingan dari rumah. Saksikan kepada yang belum. Tahun lepas aku menghadiri satu seminar affiliate oleh seorang guru affiliate dari Singapore dengan bayaran boleh tahan ribu riban juga tetapi sangat berbaloi. Terbelalak biji mata apabila melihat pendapatan yang mereka perolehi daripada sistem affiliate yang diusahakan sehingga ada yang mencecah empat ke lima angka setiap bulan. Mereka bekerja dalam pasukan dan setiap hari akan memperuntukan 2 – 3 jam untuk menguruskan kerjaya affiliate. Setiap bulan mereka akan bertemu untuk menambah ilmu kerana bisnis online memang sentiasa berubah jadi sistem affiliate pun kena berubah, Pengajaran yang aku dapat daripada seminar affiliate yang aku hadiri adalah :
Buat duit dengan affiliate boleh diusahakan siapa sahaja yang berminat nak menambah rezeki senyap-senyap antaranya :
Kepada masih belum faham apa itu buat duit dengan affiliate sila baca artikel “Terbongkar Strategi Jana Pendapatan 4 – 5 angka” yang bakal membuka minda anda atau paling bagus dengar secara lansung dari mereka yang sedang buat duit dengan affiliate di “Seminar DUIT Affiliate dengan blog” yang akan diadakan pada awal bulan Disember anjuran bersama Kumpulan Media Karangkraf. Aku faham bulan Disember bulan bercuti bawa anak-anak jalan-jalan 1Malaysia jadi kenapa tidak ubah jadual bercuti di Shah ALam hanya satu hari sahaja untuk belajar ilmu buat duit dengan affiliate. Mana tahu dengan izin ALLAH dengan ilmu sehari ini akan merubah cara fikir seterusnya dapat menggandakan pendapatan yang selama ini sentiasa ikat perut, Kita sahaja yang mampu mengubah diri kita sendiri tanpa memberi apa-apa alasan untuk berjaya dan bergaya. Kalau bukan kita siapa lagi dan bila lagi … berubahlah dari sekarang. Jangan jadikan modal, cuti, masa, isteri, keluarga, anak-anak sebagai alasan kerana apabila anda berjaya mereka juga yang akan mendapat manafaat. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment