Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
2014 yang indah dalam kenangan Posted: 31 Dec 2014 07:58 AM PST Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setahun cepat sangat berlalu dan kita bakal meninggalkan 2014 yang penuh dengan kejadian yang tidak terduga. Terlalu banyak yang telah berlaku sepanjang 2014 dan berikut sedikit perkongsian sebagai diary yang terindah dalam kenangan sepanjang 2014. 1. Kembara Palestine Kenangan menjejaki kaki di makam-makam Rasul dan Majis Al Aqsa ke bumi Palestine bagaikan mimpi menjadi kenyataan yang belum tentu dapat diulang lagi kerana suasana politik Palestine sudah sangat banyak berubah. Insyaa Allah kisah Kembara Palestine akan dibukukan suatu hari nanti. 2. MSMW best micro blog Alhamdulilah rezeki apabila Majlis Sosial Media Malaysia telah memilih Instagram Denaihati pemenang anugerah Best Micro Blog 2014. Alhamdulillah ini anugerah ke empat yang diterima oleh Denaihati. 3. Sepetang Bersama Blogger 2014 Alhamdulilah SBB2014 kali ini lebih besar dan lebih meriah dengan kehadiran blogger dan penaja yang pelbagai. Lokasi baru di Saloma Bistro juga menjadi majlis kali ini melekat di hati. Ada koleksi video SBB2014 untuk tatapan semua. 4. Kehilangan MH370 tak siapa yang tahu Serentak di hari majlis SBB2014 dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang sehingga sekarang masih belum ditemukan. 5. Buku Denaihati Alhamdulillah dengan izin Allah tercapai juga cita-cita mencetak buku Denaihati yang mengumpulkan tulisan-tulisan menarik blog Denaihati sepanjang berblog. Kepada yang nak membeli buku Denaihati bolehlah singgah di Kedai Denaihati. 6. Fatin Liyana top blogger Denaihati Blogger Fatin Liyana terus menjadi keywords carian blogger paling popular di blog Denaihati. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja carian keywords Fatin Liyana yang singgah. Selain keywords Fatin Liyana banyak lagi keywords lain yang sering singgah di blog Denaihati nak tahu jom terjah entri “carian paling popular 2014“. 7. Kembara Turki Kembara yang tidak dirancang tetapi telah membuka berbagai ruang kerjasama. Kembara Turki diusahakan oleh Hj Masruken partner eQurban membawa menjelajah berbelas Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah di Turki membuka mata hati. Jiwa orang Turki memang besar kerana mereka pernah menguasai 1/3 dunia. 8. Arsenal juara FA Cup 2014 Pasukan kesayangan Arsenal berjaya menjulang Piala FA 2014 setelah dikutuk teruk bertahun-tahun tidak menjulang sebarang piala walaupun selama 17 musim berturut-turut setiasa berada pada kedudukan top 4 BPL. 9. Jerman juara World Cup 2014 Pasukan pilihan Jerman menepati jangkaan menjadi juara Piala Dunia 2014 apabila dapat menewaskan Argentina 1 – 0 hasil jaringan Mario Gotze. Ramai juga kawan-kawan blogger yang menang hadiah hebat untuk contest Piala Dunia 2014. 10. Trafik blog Denaihati paling tinggi Entri Gadis Peugeot CDM46 telah memecah rekod trafik blog Denaihati paling tinggi dalam sehari apabila mececah lebih 170k. Trafik boleh jadi lebih tinggi sebenarnya kalau tidak disebabkan pakej hosting tidak dapat menampung trafik yang begitu tinggi sehingga blog tergendala beberapa jam. Selain itu dalam entri “10 paling popular di blog Denaihati” ada senarai entri yang paling tinggi trafik sepanjang 2014. 11. Tragedi pesawat MH17 ditembak di Ukraine Belum terubat luka dengan kehilangan pesawat MH370, dunia dikejutkan dengan tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh pesawat perjuang Ukraine di ruang udara Ukraine. Lebih tragis lagi kerana salah seorang mangsa yang terkorban adalah anak saudara. Alhamdulillah arwah antara jenazah pertama yang dibawa pulang dan selamat disemadikan di perkuburan Batu Anam, Segamat. 12. IFTAR bersama blogger Alhamdulillah dapat bersama lebih 300 jemputan berbuka puasa bersama blogger dan bersolat terawih di Saloma Bistro. 13. Denaihati di media massa perdana Alhamdulillah sepanjang tahun 2014 Denaihati telah mendapat perhatian media massa perdana iaitu Astro Awani, Harian Metro dan Sinar Harian yang berkongsi kisah kejayaan blog Denaihati. 14. Cabaran iPhone 5s Sepanjang 2014 berbagai cabaran dan contest telah dianjurkan oleh blog Denaihati dan contest terbesar “Cabaran iPhone 5s” yang insyaa Allah kuputusan akan diumumkan pada awala 2015 sebagai permulaan yang baik untuk tahun baru. 15. Kelas buat blog Akademi Denaihati Alhamdulillah syukur sepanjang 2014 Akademi Denaihati telah mendidik ramai blogger baru dan blogger lama untuk menjadi blogger yang lebih profesional. Semuga usaha Akademi Denaihati yang diketuai oleh Eizil dapat mengubah minda untuk menjadikan blogger sebagai kerjaya. 16. Seminar Buat Duit dengan Affiliate Penutup 2014 diakhiri dengan majlis ilmu khas untuk blogger. Paling manis apabila Dato Hussamuddin, CEO Karangkraf sudi menerima komuniti blogger berkampung sehari di Kompleks Karangkraf. Seminar Buat Duit dengan Affiliate merupaka majlis ilmu pembuka minda di kalangan peserta untuk lebih kreatif buat duit secara online. 17. Denaihati di final Pencetus Ummah Siapa sangka entri blog Denaihati yang ditulis pada 13 Julai 2011 bertajuk “28.7% sahaja ramaja Islam solat lima waktu penuh” menjadi bahan tontonan jutaan penonton yang menyaksikan final Pencetus Ummah 2014 apabila dijadikan rujukan oleh PU Azman yang juga merupakan Juara Pencetus Ummah 2014. Bijak pandai ada berkata kalau berbudi dengan tanah pasti ada hasilnya begitu juga apabila berkongsi ilmu yang baik di blog pasti akan mejadi rujukan ramai. 18. Banjir Besar dan Tragedi AirAsia QZ8501 Siapa sangka penutup 2014 diakhiri dengan tragedi banjir besar Kelantan yang maha dahsyat dan tragedi nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang mengorbankan 155 penumpang. Semua itu ketentuan ALLAH yang pasti ada pengajaran yang perlu difikirkan oleh umat manusia. Terima kasih ALLAH kerana memberi kesempatan kepada kita semua untuk menikmati 2014. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung wewarnakan keindahan 2014 dan jutaan kemaafan di atas segala silap salah, harap tidak disimpan dalam hati. Mari kita melangkah ke tahun 2015 dengan kayakinan yang tinggi dan berazam untuk menjadi lebih baik daripada tahun 2014. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |