Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi |
Keputusan Piala Malaysia JDT vs Felda United Posted: 25 Oct 2014 03:40 AM PDT Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3. Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT. JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Perjuangan Piala Malaysia masih belum berakhir walaupun separuh akhir pertama Piala Malaysia 2014 JDT vs Felda United berakhir dengan tewas 3 – 4. Pemain JDT pasti akan berjuang habis-habisan untuk menewaskan Felda United di hadapan penyokong setia JDT di Stadium Larkin malam ini. Paling penting pemain dan pegawai mesti buang perasaan over confident boleh mengalahkan Felda United dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2014. Harap tiada lagi kontroversi seperti perlawanan JDT mengalahkan Terengganu apabila video TMJ meraikan kemenangan dengan menendang tiang bendera lebih menjadi tarikan rakyat Malaysia. Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5) Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah. Kelebihan perlawanan akhir pasti kepada pasukan Pahang. |
Kongres Ulama Nusantara dan Ummah Posted: 24 Oct 2014 11:43 PM PDT Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah permulaan tahun baru hijrah 1436 dimulakan dengan Kongres Ulama Nusantara dan Ummah yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Julung kali dapat mengumpulkan Ulama dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Filipina dan Kemboja dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Sohibul Somahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan. Ulama merupakan pewaris para Nabi yang memikul satu amanah yang besar untuk membimbing ummah kepada jalan hidayat yang pernah dilalui oleh para anbiya terdahulu. Ummah di zaman kerosakan ini amat memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan yang ikhlas dari kalangan ulama al-amilin untuk kejayaan dunia dan akhirat, iaitu kehidupan yang sebenar demi kejayaan dunia akhirat, iaitu kehidupan yang telah dicontohi oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a. Zaman kerosakan yang kita lalui sekarang telah membina jurang pemisah antara ulama dan ummah. Ummah berada di satu lembah dengan kehidupan duniawi yang melalaikan, manakala ulama berada di satu lembah yang lain dengan majlis-majlis ilmu yang hambar dari sambutan ummah. Fenomena ini menyebabkan ummah hidup meraba-raba tanpa tunjukkan, sedangkan ulama pula sudah buntu mencari jalan untuk mendekati ummah yang jauh dari hidayah. Satu usaha ke arah mendekatkan Ulama dan Ummah haruslah diformulasi dan dilaksanakan secara berterusakan dan bersungguh-sungguh di samping mengharap nusrah dan inayah daripada ALLAH SWT. Justeru itu Majlis Muwaasolah yang julung kali diadakan ini akan jadi satu pencetus dan titik tolak permulaan kepada usaha-usaha berterusan untuk mendekatkan antara ummah dan Ulama sebagai pembimbing agama di masa akan datang. Kepada ALLAH jua kita berserah dan memohon agar segenap usaha mendapat berkat dan rahmatnya seterusnya mendapat keampunan dan keredhaa-Nya di akhirat nanti. Alhamdulillah ribuan ummah dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapore, Filipina dan Kemboja datang memenuhi ruang Masjid Al-Sultan Ismail Petra untuk bertemu dengan dengan para Ulama Nusantara. Dalam majlis ini dilancarkan juga dua kitab iaitu Kitab Midraj Ul-Fawatih (syarah kitab Misykal) dan Kitab Barokatul Makkiyyah (kitab selawat). Kedua-dua kitab ini boleh dibeli di kedai buku Masjid Seri Petaling. Syukur alhamdululillah juga apabila blog Denaihati dipilih oleh ALLAH menjadi blog rasmi kepada majlis Kongres Ulama Nusantara dan Ummah. Semuga Majlis Kongres Ulama Nusantara dan Ummah pada 25 – 26/10/2015 di terima ALLAH dan menjadi asbab turunnya nusrah dan hidayah dari ALLAH keseluruh pelusok alam. |
You are subscribed to email updates from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment