Saturday, April 4, 2015

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi


Gerhana Bulan Penuh 2015

Posted: 04 Apr 2015 12:58 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap tahun pasti ada fenomena gerhana bulan dan untuk 2015 pada 4/4/2015 bermula jam 5.01 pm akan berlaku sekali lagi fenomena gerhana bulan penuh di Malaysia. Fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra. Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra. Murut ANGKASA fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun 2015.

gerhana bulan penuh 2015

Aku telah menyaksikan banyak fenomena gerhana bulan separa, gerhana bulan penuh dan gerhana bulan berdarah sebelum ini yang telah dikongsikan dalam entri-entri sebelum ini. Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW :

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan". (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

solat sunat gerhana bulan penuh

Apabila terjadi gerhana bulan, umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana bulan atau solat kusuf sebanyak dua rakaat, dan sunat pula dikerjakan secara berjemaah. Waktu mengerjakan solat kusuf adalah sejak bulan mula gerhana sehingga terang semula sepenuhnya. Sekiranya bulan terbenam dalam keadaan masih gerhana, masa solat kusuf habis dengan terbenamnya itu. Boleh juga saksikan cara solat sunat gerhana di video solat sunat gerhana bulan.

Gerhana Bulan menunjukkan kebesaran Allah SWT.

Gerhana Bulan menunjukkan kebesaran Allah SWT.

Kita hamba yang Maha Kerdil. Semuga kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa ingat kepada ALLAH setiap masa. Selamat beramal.

Wednesday, April 1, 2015

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi


GST realiti sebenar

Posted: 01 Apr 2015 01:54 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini aku ada menulis tentang GST dengan memasukkan informasi barangan dan khidmat yang kena GST dan yang tidak kena GST. Ada pembaca yang marah dengan entri “GST apa yang kena tax” sebab aku tak sempat nak terjemah ke bahasa Malaysia sehingga terkeluar perkataan anjing.

Aliran carta gst daripada pengllang kepada pengguna

Aliran carta gst daripada pengllang kepada pengguna

1/4/2015 hari pertama GST dilaksanakan berbagai kepeningan berlaku. Majoriti peniaga mengekalkan harga lama dan menambah 6% gst. Restoran mengenakan harga lama dan menambah tax perkhidmatan 10% selain 6% gst. Belian top up maxis juga dikenakan gst. Bagi kefahaman aku semua produk dengan harga lama sudah ada tax tersembunyi jadi dengan pengenalan gst harga produk mesti diturunkan dahulu sebelum mengenakan gst. Alasan penjual sebab mereka tidak turunkan harga kerana pembekal tidak mengurangkan harga bagaimana pulak mereka nak turunkan harga.

Resit GST yang betul

Resit produk dengan GST yang betul

Peniaga berebut-rebut untuk membebankan kadar gst kepada pengguna. Semua tahu barangann asas dan makanan tidak dikenakan GST tetapi tetap restoran dan kedai mamak mengenakan gst kepada pengguna atas jumlah keseluruhan. Adakah penjual buat-buat tak faham atau mereka sengaja nak untung lebih. Setakat ini kedengaran hanya MyDin dan IKEA yang setuju untuk menyerap GST. Bos Sempohosting tulis di FB juga tidak akan mengenakan GST kepada pelanggannya. Butik Penmerah di Bangi pun tidak kenakan GST pada pelanggannya. Tak dapat informasi lagi samada Abang Ensem akan kenakan GST atau tidak untuk training property beliau.

Sebahagian resit dengan GST dari rakan-rakan FB

Keliru juga baca resit MyDin yang kata serap GST

Keliru juga baca resit MyDin yang kata serap GST

gst top up

gst restoran

gst service kereta

gst mamak

Kepada yang memberi insyaa Allah perniagaan anda akan lebih maju dan untung. Kalau pun terpaksa kenakan gst biar yang betul bukan segaja nak mencari keuntungan. Ingat orang tamak selalu rugi. Tak kan surat khabar yang tak kena GST pun dikenakan GST, ni mesti kes tak baca senarai barangan yang dikecualikan GST.

Salah satu tujuan GST utk jadikan peniaga jujur kerana selama ini mereka berselindung disebalik harga tanpa tax. Hari pertama GST sudah kelihatan ramai peniaga yang tamak dan tidak jujur. Sebagai rakyat mari kita salurkan semua aduan kecelaruan charge GST kepada Kastam dan KPDNKK.

Sunday, March 29, 2015

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi


Malaysia Social Media Week 2015

Posted: 29 Mar 2015 01:09 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin ramai blogger tidak pernah rasa bahawa Malaysia Social Media Week adalah acara sangat  besar untuk blogger dan aktivis sosial media Malaysia. Kenapa aku kata begitu kerana setiap tahun tidak ramai blogger yang datang memenuhi dewan seminar dengan berbagai alasan yang tiada manafaat untuk diri sendiri. Sedangan beratus kalau bukan beribu wakil dari berbagai NGO, Syarikat dan aktivis sosial media buka sahaja dari Malaysia malah dari berbagai negara memenuhi dewan MSMW setiap tahun. Semuga untuk Malaysia Social Media Week 2015 lebih ramai blogger Malaysia terutama blogger Melayu ikut serta bukan sahaja untuk belajar ilmu baru tetapi lebih penting membina network keseluruh dunia.

msmw-2014-dewan-3

Jom kita lapangkan masa join “World blogger and social media summit” pada 22 – 23/4/2015 dan “MSMW 2015 Workshop” pada 24/4/2015 di Hotel Berjaya Square, Kuala Lumpur. Memang best sebab ramai speaker berbagai latar belakang dari berbagai negara berkongsi ilmu dan pengalaman yang blogger boleh jadikan panduan untuk go next level. Memang tak rugi kepada blogger yang bekerja untuk ambil cuti untuk belajar menjadi blogger profesional tak kiralah samada separuh masa atau sepenuh masa.

msmw-2014-session-2

MSMW memang terlalu banyak jasa untuk blog Denaihati bukan hanya anugerah-anugerah yang telah diterima tetapi lebih penting menaikkan jenama Denaihati kesuatu peringkat yang tidak pernah terbayang. Menang dan kalah bukan persoalannya contohnya beberapa kali blog Amanz.my tewas dalam katogeri teknologi sehingga ada yang boikot MSMW tetapi tanpa disedari kekalahan tersebut menjadikan blog Amanz lebih terkenal dan sekarang terlalu jauh meninggalkan blog kita semua. Berapa banyak pulak blog yang menang anugerah MSMW tetapi sekarang entah dimana.

msmw-2014-dewan-2

MSMW 2015 untuk blog Denaihati seperti juga MSMW 2014 tidak menyertai apa-apa katogeri. Kali ini kami calonkan blog travel Denai.my untuk katogeri MSMW Best Travel Blog 2015. Bukan mudah kerana sekarang sudah terlalu ramai travel blogger yang sangat aktif. Menang kalah bukan keutamaan tetapi yang lebih penting memperkenalkan blog Denai.my untuk projek-projek akan datang. Kepada rakan-rakan yang sudi nak mengundi sila undi blog Denai.my di UNDIAN MSMW 2015 yang dibuka pada 23/3 – 5/4/2015. Majlis penyampaian anugerah blogger dan sosial media 2015 akan diadakan pada 22/4/2015 di Hotel Bejaya Square, Kuala Lumpur.

msmw2014 pemenang anugerah

Jangan lupa juga beri sokongan kepada rakan-rakan blogger yang sudah mencalonkan diri untuk anugerah mengikut 10 katogeri yang ditetapkan. Berikut antara rakan blogger yang join Anugerah MSMW 2015.

Senarai Blog untuk Anugerah MSMW 2015

  1. Best News Blog : Penmerah.com
  2. Best Foodie Blog : Hazmanfadzil.com dan Mahamahu.com
  3. Best Gadget & Technology Blog :
  4. Best Gossip & Entertainment Blog :
  5. Best Lifestyle Blog : Mohdzarin.com, Akupenghibur.com, Namiacinta.com, Hafizrahim.com, Yanayassin.com, Kongsibersamanora.blogspot.com, Eveeus.com, Nizamijam.com, Mialiana.com, Dayangdeno.com, Faizalpj.com, Ahmadfaizal.com, Akujejaricomel.blogspot.com, Kupukupukecik.blogspot.com, Fadzirazak.blogspot.com, Ruby.my.
  6. Best Comics Blog :
  7. Best Photography Blog : Tarmizishukri.com
  8. Best Shopping Blog :
  9. Best Sports Blog : Motorsportroom.my, Guliroket.com, Boladaily.com dan Wangerrard.com.
  10. Best Travel Blog : Faizalfredley.com, Denai.my, MrJocko.com danTravelog.my

Ramai betul yang join jadi kalau ada yg tertinggal beritahu ya. Alhamdulillah ada juga alumnai Akademi Denaihati yang mencalonkan blog untuk beberapa katogeri. Aku sudah mengundi bagaimana pulak anda?